Thursday, December 10, 2009

TIADA TEMPAT BAGI KETUANAN MELAYU ! Kata Lim Keng Yaik.

Apa akan terjadi agaknya bila kata-kata itu, TIADA TEMPAT BAGI KETUANAN MELAYU! diucapkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP. Adakah gambar-gambar mereka akan dibakar lagi?

Bila Penasihat GERAKAN sendiri yang bercakap begitu.. mana menghilang ahli-ahli Badan Bertindak Perpaduan Ummah (BBPU) yang bersemangat membela nasib melayu hari itu?


Penasihat parti Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berkata, tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.

Oleh itu, kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, jika ada sesiapa yang mendukung ketuanan Melayu, maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.

Akhbar berbahasa Cina memetik Lim berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam ulangtahun ke-41 parti itu di Ipoh malam tadi.

Sehubungan itu, Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara.

Bekas menteri kabinet itu berkata, ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.

"Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara," katanya dalam laporan tersebut.

"Jangan bimbang, jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup 'shark fin'," katanya lagi.

Sementara itu, Lim memuji prestasi Datuk Seri Najib Tun Razak sejak menjadi perdana menteri April lalu.

Dalam rujukan jelas kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, penasihat parti Gerakan itu berkata prestasi Najib adalah lebih baik daripada bekas perdana menteri.

Mengenai konsep 1Malaysia, Lim berkata tumpuannya ialah sama ada ahli-ahli Umno akan mengikut jejak langkah presiden parti itu.

Mengenai pilihanraya umum, penasihat Gerakan itu berkata, ianya sukar diramalkan sama ada akan berlaku satu lagi tsunami politik.

Bagaimanapun, katanya, jika prestasi MCA semakin buruk, maka Gerakan perlu melakukan yang terbaik dalam pilihanraya yang akan datang.

Gerakan kalah teruk dalam pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan parti komponen BN itu tumbang di Pulau Pinang.


Sumber

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails