Saturday, December 12, 2009

Sumpah Orang Minyak dan Sumpahan Minyak.

Kisah berlaku pada tahun 1901 di sebuah kampung yang bernama Tualang Tiga. Si Bongkok hidup tersisih daripada penduduk kampung kerana rupanya yang hodoh. Walaupun begitu, dia seorang yang berhati mulia dan pandai pula melukis. Si Bongkok begitu kecewa dengan nasib dirinya lalu mempersoalkan takdir.



Tanpa disedarinya, dia telah di bawa ke alam bunian dan diberi peluang untuk meminta apa sahaja. Si Bongkok meminta untuk menukar rupa hodohnya itu menjadi cantik, tetapi dia diberi satu syarat, iaitu dia mesti bersumpah untuk tidak membunuh sesama manusia.

Setelah dikembalikan ke tempat asalnya, Si Bongkok terpaksa menempuh ujian Tuhan yang maha berkuasa. Si Bongkok tidak dapat melawan perasaannya yang dicabar, dan akibatnya telah melakukan suatu pembunuhan.

Kerana melanggar sumpahnya, kecantikan Si Bongkok tidak dapat lagi dilihat oleh manusia. Dia menjadi halimunan, lalu muncullah pula syaitan yang menawarkan janji palsu untuk membantunya.

Si Bongkok terpaksa menjadi orang minyak dan memperkosa 21 orang gadis dalam masa tujuh hari, selain mengaku bahawa syaitan adalah tuhan..

Itu adalah jalan cerita bagi kisah Sumpah Orang Minyak yang diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.. juga mengenai minyak ini pula ialah Sumpahan Minyak yang dikisahkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Malaysiakini

Kerana mengikut Nafsu siBongkok telah menjadi Orang Minyak, dan kerana Nafsu juga pemimpin-pemimpin UMNO telah membazirkan berbilion-bilion ringgit hasil eksport Minyak..

Moral of the story ialah jangan ikut NAFSU!! macam pemimpin pemimpin UMNO..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails