Wednesday, December 16, 2009

Speaker dah marah la...

Bukan mengambil kesempatan Tuan Speaker sebenarnya bijak menggunakan kesempatan yang ada, walaupun ada 19 orang MP dari PR yang tidak hadir.. Kan peluang itu selalu datang bila kita dalam keadaan tidak bersedia..

Buat MP-MP PR, lain kali cuba lagi..


Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Dis 15 — Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengecam sikap Pakatan Rakyat yang didakwa cuba mengambil kesempatan situasi “cemas” di Dewan Rakyat yang membahaskan peringkat akhir Bajet 2010 malam tadi.

Bajet 2010, belanjawan sulung Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri hampir menemui kegagalan dengan ditolak oleh ahli-ahli Parlimen. Ia diluluskan dengan 66 menyokong dan 63 menolak.

Pandikar berpendapat tindakan memerangkap kerajaan dalam keadaan tercungap-cungap bukan satu perbuatan terhormat.

“Pembangkang tidak seharusnya mengambil kesempatan dengan situasi ini apabila tidak cukup Ahli Parlimen BN (di Dewan Rakyat) ketika itu,” kata beliau ketika ditemui wartawan di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Pandikar menambah, beliau berpandangan bahawa jika undi tidak percaya dibawa oleh pembangkang bermakna mereka percaya bahawa wakil rakyat kerajaan akan menyertai Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, Parlimen merupakan “kelab bagi orang terhormat” bagi kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang untuk membahaskan kepentingan nasional.

Oleh itu kata Pandikar, anggota perundangan BN juga tidak harus mengambil mudah kedudukan majoriti mereka di Dewan Rakyat.

“Bagi BN, mereka tidak harusnya mengambil mudah mana-mana sidang. Saya duduk di sana dan saya juga memikul bahagian tanggungjawab saya,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan ahli-ahli Parlimen tidak kira parti hanya akan berada di Dewan Rakyat jika sesuatu isu itu menyentuh kepentingan mereka.

“Jika tidak mereka tidak akan berada di Dewan Rakyat,” katanya.

BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat yang terdiri daripada 222 anggota. PR pula mempunyai 82 orang manakala tiga yang lain merupakan Bebas.

Sidang Dewan Rakyat lewat malam tadi menyaksikan Bajet 2010 hampir ditolak. Ia diluluskan dengan 66 menyokong dan 63 lain menolak.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails