Thursday, December 24, 2009

Siapa kata KD Altantuya tak boleh menyelam? Cuba baca kenyataan ni..



Pada bulan November yang lepas, Suara Keadilan telah menyiarkan sebuah artikel yang berbunyi "kapal selam KD Tuanku Abdul Rahman tidak boleh menyelam," adakah benar KD Tuanku Abdul Rahman atau KD Altantuya tidak boleh menyelam?

Setelah beberapa hari menjelajah kealam cyber mencari kemana hilangnya dua buah kapal selam buruk yang aku terpandang di Lumut suatu masa dulu, tiba-tiba aku terjumpa sebuah blog yang memberikan jawapan tentang isu itu..

Korang bacalah..


Suara Keadilan mungkin mengolah berita dari handsard ini,

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, ianya berkaitan dengan kenderaan ADNAN dan Armoured Personnel Carrier (APC), bawah DRB ditempatkan di Gemas, Rejimen Ke-11 Kor Armor. Ada 18 unit, saya dengar ada banyak masalah, ada yang belum di komisen kan. Sistem persenjataannya itu selalu ada masalah. Meriam kalau ditembak sekali, spring itu tidak boleh masuk balik, ini masalah.

Pegawai-pegawai ini kata, Yang Berhormat, kami sudah kemukakan kepada pihak atasan tetapi tentera ini ia sangat regimented. Khabarnya juga, Tuan Yang di-Pertua, kapal selam baru kita yang baru beli, baru sampai dan baru-baru ini Timbalan Menteri Pertahanan jawab dikhabarkan dalam perjalanan ke Sepanggar, ada beberapa tempat yang ia tidak boleh selam. Akibatnya kapal pengiring terpaksa dihantar. Kalau sudah kapal selam tidak boleh selam, berat ini.



Kenyataan ini diambil dari handsard yang linknya ada dibawah ..Rujuk Page 104

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-27102009.pdf


Secara logik, kenyataan itu mengakui bahawa kapal selam sebenarnya berfungsi dengan baik dan boleh menyelam tetapi dibeberapa tempat ia tidak boleh menyelam.

Semasa saya menghadiri majlis penerimaan kapal selam itu di Pelabuhan Kelang tempoh hari, kapal itu tidak menyelam sebaliknya diiringi oleh kapal pengiring kerana keadaan laut yang agak cetek disamping iringan itu lebih kepada tujuan ceremonial dan membantu kapal selam menghampiri dan berlabuh di jeti. Ini prosedur standard untuk kapal besar lagipun nak "parking" kapal selam tidak sama macam nak rapatkan kapal permukaan pada jeti.

Kapal pengiring itu pun bagi saya hanyalah untuk tujuan ceremonial sahaja, lagipun barang baru, dapatlah special escort, kalau dah setahun pakai, tidak adalah keistimewaan macam ini lagi.

Yang saya faham iringian itu memang untuk tujuan ceremonial, kerana majlis ketibaan kapal selam itu dibuat di Pelabuhan Kelang, Lumut serta Teluk Sepanggar (pengkalan kapal selam pertama Malaysia), selain dari itu lebih kepada tujuan untuk membantu kapal berlabuh.

Saya rasa penjelasan di atas sudah cukup untuk menerangkan mengapa kapal selam itu memerlukan kapal pengiring.

Bagaimana dengan kenyataan Saifudin bahawa kapal selam itu tidak boleh menyelam di sesetengah tempat??

Saya sendiri tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan kapal itu tidak dapat menyelam di setengah tempat tetapi saya andaikan begini.

Ada kemungkinan dakwaan "di sesetengah tempat" itu bermaksud kawasan yang tidak sesuai untuk kapal itu menyelam di sebabkan dasar laut yang cetek, trafik kapal yang sibuk seperti di Selat Melaka dan kawasan laluan yang dipenuhi pulau atau terumbu karang termasuklah kapal karam.

Pantai Malaysia mempunyai panjang 4,800 kilometer dengan keluasan laut 598,530 kilometer persegi.Daripada jumlah ini, hanya kira-kira 60 peratus sahaja yang sudah diukur dan tahap pengukuran kedalaman dan pemetaan dibuat melalui 3 kategori iaitu :
l. Kawasan yang sudah diukur dan dicartakan mengikut standard.
II. Kawasan yang sudah diukur tetapi belum memadai lagi dan
III. kawasan yang belum pernah diukur.

Sehingga tahun 1998, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah mengeluarkan 58 carta mengenai pemetaan laut tempatan dan maklumat itu ada yang dikumpul melalui kaedah yang sudah ketinggalan zaman dan ada menggunakan kaedah moden.

Sebelum ini, sehingga tahun 1987, peta dasar laut negara banyak dibeli dari England sehinggalah negara menubuhkan pusat hidrografinya sendiri pada tahun itu.Carta dan peta laut negara yang moden serta lengkap akhirnya berjaya dibuat apabila TLDM membeli KD Perantau dengan harga RM100 juta yang lengkap dengan teknologi pengukuran digital termasuk Sistem Paparan Carta Elektronik, GPS dan boleh mencari objek di dasar laut menerusi sistem multibeam dan peralatan digital Sides serta Sonar yang boleh mempamerkan topografi dasar laut dengan jelas dan benar.

Sebelum itu pengukuran dasar laut dibuat dengan menggunakan tali (orang lama TLDM beritahu saya), macam mana dia ukur saya tidaklah tahu.Yang saya faham, laut ini memang luas tetapi bukan boleh dilalui sesuka hati, lainlah lautan Atlantik atau Pasifik.

Kedatangan kapal-kapal selam negara akan membantu negara mempunyai carta kedalaman laut dengan lebih baik. Bayangkan bertapa payahnya krew-krew kapal hidrografi TLDM yang terdiri dari hanya dua kapal iaitu KD Perantau dan KD Mutiara nak buat pemetaan serta topografi dasar laut seluas lebih dari 500,000 kilometer persegi itu.

Sedangkan keluasan tanah Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah yang seluas 329,845 kilometer persegi itu pun tidak habis diukur, ini pula lautan yang diukur hanya oleh dua kapal sahaja.


Kesimpulannya, memang KD Altantuya memerlukan pengiring untuk berlabuh buat masa sekarang dan KD Altantuya juga tidak boleh menyelam disesetengah tempat kerana faktor kedalaman laut dan bukan tidak boleh menyelam sama sekali..

Secara logiknya kalau KD Altantuya tak boleh menyelam sama sekali, adakah Puak Lanun di Somalia akan membiarkan KD Altantuya ini berlalu begitu saja semasa melintasi Teluk Aden tu..

Alahai… YB.. Lain kali bawalah isu yang mencabar sikit.. contohnya kemana perginya 2 buah kapal selam yang berlabuh di Lumut suatu masa dulu atau kenapa Test Rig yang diperbuat dari tong drum saja berharga RM2 Juta lebih….


Saya didalam artikel diatas ialah saudara Shahpaskal bukan aku..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails