Tuesday, December 1, 2009

Selesai tuntutan mutaah RM5 juta.. Mak Aih!!! kayanya AJK UMNO ni!!

AJK UMNO Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah 62, yang kini berada di Amerika Syarikat dan mendakwa enggan pulang ke negara ini kerana khuatir akan keselamatan diri dan nyawa yang diancam bahaya.

Dia nak balik atau tidak itu dia punya pasal.. Tapi cuba korang kira berapa banyak harta dia.. Harta seorang Ketua Bahagian UMNO Bahagian Muar ini..

Kadar Shah melalui peguamnya bersetuju menyelesaikan kes membabitkan tuntutan mutaah, edah, wang diserahkan kepada Kadar Shah berjumlah RM1.8 juta serta nafkah tertunggak dari November 2002 hingga November 2007 berjumlah RM600,000 secara baik.

Fauziah juga menuntut hutang defendan RM250,000 dengannya iaitu bayaran kereta yang bekas suaminya berjanji mahu selesaikan serta unit saham bernilai RM1.5 juta. Harta sepencarian mereka termasuk kondominium di Genting Highlands, rumah di Bukit Jelutong, apartmen di Hawaii dan Los Angeles, Amerika Syarikat selain sebuah Mercedes Benz, Porsche dan Ferrari.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam menetapkan 27 Januari depan untuk proses sulh bagi membolehkan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah dan bekas isteri, Datin Fauziah Haron mengadakan perbincangan di luar mahkamah bagi menyelesaikan kes tuntutan nafkah mutaah RM5 juta dan edah RM60,000.

Hakim Syarie Mohd Shukor Sabudin membuat keputusan itu selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes membabitkan tuntutan mutaah, edah, wang diserahkan kepada Kadar Shah berjumlah RM1.8 juta serta nafkah tertunggak dari November 2002 hingga November 2007 berjumlah RM600,000 secara baik.

“Mahkamah sangat mengalu-alukan sebarang usaha untuk penyelesaian kes membabitkan keluarga ini di luar mahkamah, oleh itu mahkamah tiada halangan untuk proses sulh,” katanya.

Terdahulu, peguam yang mewakili Fauziah, 53, Kamar Ainiah Kamaruzaman memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak plaintif (Fauziah) sudah berbincang dengan peguam defendan (Kadar Shah), Sulaiman Abdullah supaya kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah.

Sulaiman memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan bertemu defendan sendiri bagi membincangkan isu berkenaan yang sewajarnya diselesaikan di luar mahkamah berikutan ia membabitkan masalah kekeluargaan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Fauziah menuntut haknya termasuk nafkah edah, mutaah serta harta sepencarian hasil perkahwinannya dengan Kadar Shah Sulaiman.

Defendan sebelum ini membantah permohonan plaintif atas dakwaan Fauziah tidak mempunyai locus standi serta mendakwa perkahwinan mereka pada 20 Januari 1980 di Jakarta Timur, Indonesia sebagai tidak sah kerana tiada dokumen atau sijil pernikahan.

Mahkamah memutuskan Fauziah mempunyai locus standi kerana selepas 27 tahun perkahwinan kedua-dua pihak dalam keterangan mengakui dengan suci hati wujud ikatan yang sah.

Fauziah menuntut tuntutan mutaah, edah, wang yang diserahkan kepada defendan RM1.8 juta serta nafkah tertunggak dari November 2002 hingga November 2007 berjumlah RM600,000.

Plaintif juga menuntut hutang defendan RM250,000 dengannya iaitu bayaran kereta yang bekas suaminya berjanji mahu selesaikan serta unit saham bernilai RM1.5 juta.

Fauziah juga menuntut harta sepencarian mereka termasuk kondominium di Genting Highlands, rumah di Bukit Jelutong, apartmen di Hawaii dan Los Angeles, Amerika Syarikat selain sebuah Mercedes Benz, Porsche dan Ferrari.


Sumber

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails