Wednesday, December 16, 2009

Selamat pengantin baru Bung Moktar...

Pada 15/12/2009 AgendaDaily melaporkan Pelakon Zizie Ezette akan menamatkan zaman bujangnya. Jejaka pilihannya ialah seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah.

Mereka akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.


Mereka dikatakan sudah lama kenal satu sama lain.Zizie banyak berlakon drama di televisyen dan filem sejak zaman remajanya.

Ahli Parlimen berkenaan pula dikenali ramai kerana seorang yang vokal dalam sidang Dewan Rakyat.

Hari ini..
Segalanya sudah terjawab. Ahli Parlimen BN yang disebut-sebut berjaya menawan hati pelakon Zizie Ezette ialah Ahli Parlimen kawasan Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Agendadaily difahamkan, majlis akad nikah telah pun berlangsung manakala majlis sambutan akan dilangsungkan Rabu malam di sebuah hotel terkemuka ibukota.


Beberapa Ahli Parlimen BN mengesahkan mendapat jemputan menghadiri majlis sambutan meraikan pengantin tetapi enggan menyatakan tempat berlangsungnya majlis sambutan berkenaan. Difahamkan hanya keluarga dan sahabat terdekat mendapat jemputan.

Selamat pengantin baru Datuk Bung. – 16/12/2009

Lagi berita di sini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails