g

Wednesday, December 23, 2009

RM2.4 Juta dibakar BN begitu saja..

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) menyifatkan tindakan kerajaan pusat yang melupuskan dakwat kekal sebagai satu pembaziran.

Ahli Jawatankuasanya yang juga Exco Selangor, Teresa Kok berkata, ia sekaligus menunjukkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) lemah dalam membuat keputusan sendiri.

“Ini merupakan satu pembaziran wang dan menunjukkan bahawa memang SPR tidak ada boleh membuat keputusan sendiri la…kerana dulu pengerusi SPR yang sudah bersara itu mencadangkan buat dakwat kekal.

“Namun selepas cadangan itu, ada segelintir orang umno dan pemimpin umno protes dengan mengatakan ini cara kuno,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TvSelangor hari ini mengulas berhubung tindakan kerajaan pusat melupuskan dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu namun dibatalkan pada saat akhir oleh SPR.

Kata Teresa, keputusan membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam PRU lepas telah menjejaskan kredibiliti suruhanjaya pilihanraya itu dan pemerintah yang dilihat enggan mengadakan pilihanraya telus, bersih dan adil.

“Kerana pengumuman itu, secara tidak langsung membantu menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat kerana orang ramai marah kenapa keputusan yang baik yang dibuat itu telah bertukar-tukar,” katanya.

Terdahulu,

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong sebelum ini berkata, dakwat yang tidak dapat digunakan kerana masalah keselamatan dan perundangan itu telah dilupus pada 25 November lepas.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegenai keputusan yang dibuat terhadap dakwat kekal yang telah dibeli dan kemudian mahu dijual semula sehingg tarikh luputnya telah berlalu.

Pada PRU ke-12 yang lalu, SPR bersetuju menggunakan dakwat kekal setelah dituntut BRSIH, namun membatalkannya di saat akhir menjelang hari pengundian atas alasan terdapat individu yang dilaporkan membeli dakwat ini secara haram dari negara luar dan berniat membuat kacau.

Namun sehingga sekarang, kerajaan masih gagal membuktikan kebenaran akwaan tersebut malah tida tangkapan spesifik dibuat terhadap individu yang didakwa melakukan kesalahan itu.

dakwat yang dibeli pada PRU ke-12 lalu telah dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan melalui proses pembakaran kerana tidak dapat dijual semula berikutan tarikh luputnya sudah tamat.

Tambah Teresa, perkara ini akan menjadi satu isu yang akan dibangkitkan dalam kempen pilihanraya akan datang

Harga dakwat lihat di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails