Thursday, December 17, 2009

PKFZ : Tiong King Sing mungkin diheret sama..

Dua akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau dan China Press membayangkan ahli parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing kemungkinan turut diseret ke mahkamah berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Kedua-dua harian tersebut memuatkan berita tentang perkara tersebut sebagai laporan halaman depan hari ini.

Menurut Nanyang, "sumber-sumber layak dipercayai" memaklumkan kepadanya bahawa "tindakan" akan diambil terhadap wakil rakyat BN itu tetapi tidak menyatakan sebarang butiran lanjut.

China Press pula menyebut "ikan besar", seseorang yang berkedudukan, akan ditahan hari ini tetapi ia tidak menamakan individu tersebut.

Bagaimanapun laporan tersebut memuatkan imej hitam yang membayangkan bentuk badan Tiong.
Semakan Malaysiakini mendedahkan bahawa Tiong, seorang ahli perniagaan dari Sarawak, kini berada di luar negara dan tidak dapat dipastikan bila akan kembali ke tanahair.

Beliau mempunyai kepentingan besar dalam dua syarikat Wijaya Baru Global Bhd dan Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd, yang menguasai pemaju projek kontroversi tersebut, Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Sejak Khamis lalu, empat orang yang terlibat dalam projek itu - termasuk pengurus besar Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) Datin Paduka OC Phang - dihadapkan di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan tuntutan palsu berjumlah ratusan juta ringgit.

Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, kemudian yang menyebut lebih ramai akan didakwa dalam skandal tersebut mendorong spekulasi bahawa Tiong dan bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy turut diseret ke muka pengadilan.


MUNGKIN! Mungkin iya mungkin juga tidak..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails