Monday, December 14, 2009

PKFZ : Lagi Ikan Bilis ditangkap!

SHAH ALAM: Seorang lagi individu yang dipercayai terbabit dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, hari ini.

Individu terbabit dipercayai seorang jurutera anak syarikat Kuala Dimensi.

Ia adalah individu keempat akan didakwa selepas tiga individu Khamis lalu, iaitu Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd, Stephen Abok, 51, dan seorang arkitek, Bernard Tan Seng Swee, 48, berhubung dua tuduhan membuat tuntutan palsu RM5.417 juta.

Tan juga didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, membuat 24 lagi tuntutan palsu bernilai RM116.85 juta.

Ketiga-tiga tertuduh tidak mengaku salah.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum ini berkata pendakwaan itu bukan penghujung kepada skandal berkenaan tetapi ia cuma satu permulaan dengan ramai lagi individu akan didakwa secara berperingkat.

Beliau menegaskan sesiapa saja, termasuk ahli politik, ahli perniagaan, kakitangan kerajaan dan orang awam yang disyaki terbabit dalam skandal itu, akan didakwa.

Abdul Gani berkata pihaknya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah empat bulan menyiasat skandal itu.


Korang percaya ka cakap Gani 4Tahil tu.. kononnya akan mendakwa semua yang terlibat termasuk Ahli Politik?

Mungkin boleh dipercayai, tapi pendakwaan atau hukuman akan ditangguhkan oleh Mahkamah sampai tertuduh Mati macam kes Perwaja hari tu.. Tangguh, tangguh, tangguh sampai Eric Chia mati..



Gambar : Malaysiakini
Berita : Berita Harian Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails