Sunday, December 13, 2009

PAKATAN RAKYAT!! Jangan tidur lagi..

Pakatan Rakyat masih tidur dan berfikir boleh memenangi pilihan raya berikutnya dengan tidak perlu melakukan apa-apa. Saya sudah muak cuba meyakinkan mereka tentang pentingnya internet untuk mereka. Jika Pakatan Rakyat mempunyai keinginan untuk menemui kegagalan atau kematian maka biarlah begitu.

Tapi hanya supaya saya boleh mengatakan "saya sudah cakap" ketika keputusan pilihanraya umum berikutnya diumumkan dan Pakatan Rakyat akan dihantar kembali dari mana mereka merangkak keluar , cuba anda semua lihat video clip di bawah ini untuk memahami mengapa saya begitu kecewa.

Pakatan Rakyat nampaknya tidak memahami bahawa dengan Media Perdana dan juga Media elektronik yang tidak menyebelahi mereka, mereka amat memerlukan internet untuk menyampaikan mesej mereka kepada pengundi. Sepuluh tahun yang lalu hanya ada 280.000 pengguna Internet berbanding lapan juta pemilih. Hari ini, nisbah adalah satu-ke-satu dan pada masa yang sama jumlah pengguna internet akan melebihi jumlah pengundi.

Hal ini amat mudah dan jelas. Sesiapa yang menguasai maklumat di internet boleh mempengaruhi pemikiran para pengundi.Contohnya pada kemuncak Perang Vietnam, empat daripada lima orang rakyat Amerika membeli akhbar. Hari ini, hanya dua dari lima sebab rakyat Amerika memperolehi maklumat daripada Internet.

Walaupun jumlah penduduknya semakin meningkat jumlah jualan surat khabar di Indonesia ketika ini adalah hanya separuh dari jumlah jualan semasa hari-hari Reformasi iaitu di puncak era anti-Soeharto . Ini kerana rakyat Indonesia juga sekarang bergantung kepada internet untuk berita dan maklumat.

Rupert Murdock telah meramalkan bahawa pada tahun 2030 akhbar cetak akan digantikan sepenuhnya oleh Internet. Jadi dengan mengabaikan Internet Pakatan Rakyat cuma meletakkan diri sendiri diambang bahaya.

Semoga para perwakilan ke Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat pada tarikh 19 Disember 2009 akan membincangkan masalah ini dan melakukan sesuatu mengenai hal ini.





Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails