Wednesday, December 16, 2009

Orang Melayu bodoh!.. betulkah begitu?

Jumaat lepas saya berada di Kuala Lumpur dan bertemulah dengan kawan lama Profesor Datuk Dr Mansor Abdullah, Dr Ibrahim Gahafar, Nawawi Mohammad, Ariffin Said Gahafar Ibrahim dan bersalaman juga dengan Datuk A. Samad Said Sasterawan Negara dan Datuk Baha Zain.

A Samad Said sempat berkata, "Kuala Lumpur" ini macam "Amerika Syarikat" Kata kata itu tidak mengejutkan saya, kerana memang benar Kuala Lumpur sudah jadi macam Amerika Syarikat.

Kalau Negara Arab sudah jadi macam Amerika Syarikat tidak mustahil Kuala Lumpur pun demikian. Lebih lebih lagi para pemimpin Negara Malaysia memang berkehendakan begitu miskipun jenayah bunuh membunuh, rompak merompak, rogol merogol ragut meragut berlaku setiap waktu.

Yang peliknya para pemimpin Negara Malaysia tetap mengatakan Negara Malaysia aman dan makmur.

Kita boleh terima bahawa Negara kita adalah sebuah Negara makmur, kerana rakyat belum ada yang berkebuluran atau mati kebuluran. Tetapi bagitu payah untuk menerima bahawa Negara kita "aman" kerana jenayah yang saya sebut berlaku setiap waktu.

Aman yang dilaungkan oleh para pemimpin hanya retorik sahaja. Mungkin bagi mereka kata kata aman dan makmur itu disisi mereka sahaja, kerana memilik banyak harta yang dirompak secara bijaksana tanpa diketahui oleh rakyat yang bodoh.

Orang bodoh memang jadi makanan orang cerdik lagi jahat.
Kita sudah tahu bahawa Negara Amerika Syarikat itu adalah Negara pengganas dunia. Tetapi malangnya para pemimpin Negara ada yang tersangat bangga dan megah Kuala Lumpur jadi macam Amerika Syarikat yang jahat.

Apakah mereka tidak sedar segala usaha yang dilakukan atau polisi dan dasar kerajaan fungsi jelas dan nyatakan macam pengkhianat bangsa sendiri.

Tahniah apabila ada usaha yang dilakukan oleh pembangkang dalam roadshownya nanti melaung laungkan bahawa UMNO adalah pengkhianat bangsa sendiri, kerana menjadikan Kuala Lumpur macam Amerika Syarikat.

Pemimpin pembangkang, baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang harus basahkan mulut mereka dengan perkataan "UMNO pengkhianat bangsa" agar orang Melayu sedar dan bangkit menentang kerajaan yang memerintah sekarang.

Adalah tidak patut rakyat serah Negara ini diperintah oleh manusia yang pentingkan hawa nafsu tanpa berbuat apa apa terhadap rakyat dan bangsa sendiri. Bukan setakat tidak berbuat apa apa terhada bangsa sendiri malahan kerajaan sekarang menjadi pengkhianat termasuk membangun Kampung kampong melayu menjadi macam Amarika Syarikat.

Bangsal satu contoh yang nyata sudah jadi macam Amerika Syarikat dan banyak kampong Melayu sudah jadi macam Amerika Syarikat. Tidak mustahil Kampung Baharu akan jadi macam Amerika Syarikat juga satui masa nanti jika hayat pemerintahannya di panjangkan lagi.

Ayuh...mari kita sama sama membunuh usaha pengkhianat bangsa dan Negara ini dalam musim pilihanraya akan datang. Mulai sekarang tanamlah sifat benci pada para pemimpin UMNO yang masih ada cita cita menjadi Malaysia sebagai sebuah Negara macam Amerika Syarikat.

Kawan kawan saya yang saya anggap masing masing adalah intelektual tidak bertindak macam intelektual sebenar, kerana mereka kelihatan masih punya harapan besar bahawa para pemimpin yang memerintah sekarang punya peluang untuk membaiki diri senbdiri agar berubah menjadi manusia yang i normal semula setelah sesat dan boleh kembali kepangkal jalan.

Bagi saya para pemimpin Negara kita sudah sesat jauh dan tidak akan kembali kepangkal jalan kecuali setelah mulut mulut mereka disumbat dengan tanah merah. Mengapa tidak? Hubungan mereka dengan Allah sudah jauh malah hubungan mereka dengan setan setan terlalu dekat.


Oleh Abdullah Ngah

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails