Wednesday, December 2, 2009

Muhyiddin : Seminggu selesai kemelut MCA.. tapi hari ini hasilnya??

Pada 23 November 2009, Muhyiddin Yassin dengan bongkaknya telah memberikan dirinya tempoh hanya seminggu untuk menyelesaikan krisis kepimpinan dalam MCA.

Dan menurut beliau satu formula akan dirangka dalam tempoh tersebut untuk mendapatkan kata sepakat di kalangan pemimpin parti itu yang sedang bertelagah.

Beliau membuat kenyataan tersebut seminggu sebelum kumpulan Datuk Seri Liow Tiong Lai bercadang mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Sabtu depan.

Setelah seminggu…

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kumpulan yang berbalah dalam krisis kepimpinan MCA yang masih berlarutan dikatakan gagal mencapai sebarang persetujuan berhubung cara terbaik bagi menyelesaikan masalah terbabit.

Ini berikutan kegagalan mereka mencapai kata sepakat mengenai tarikh baru untuk mengadakan semula pemilihan parti dan sama ada pemilihan itu perlu membabitkan keseluruhan jawatan parti atau hanya anggota Jawatankuasa Pusat (CC) parti sahaja.

Dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan krisis itu malam semalam, kumpulan yang berbalah itu dikatakan masih bertegas dengan "penjadualan masa pilihan" mereka. (Mesyuarat malam semalam merupakan yang ketiga diadakan selepas mesyuarat serupa berlangsung pada 23 dan 24 Nov).

Dan ini hasilnya selepas seminggu dicampur dengan 2 hari..

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Mesyuarat Agung Tahunan MCA, yang dijadualkan pada 5 Dis ini ditangguhkan ke satu tarikh yang sesuai, dan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji pemilihan semula parti.

Keputusan ini dicapai pada mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat MCA yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berlangsung selama dua jam di ibu pejabat parti itu sejak pukul 12.30 tengah hari.

Kesemua anggota jawatankuasa itu, kecuali Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat yang sedang menjalani rawatan di hospital, menghadiri mesyuarat Rabu.

"Keputusan ini (menangguhkan mesyuarat agung tahunan) bukan kerana kita tunduk kepada mana-mana pihak, bahkan dibuat bagi kebaikan parti. Sebarang tarikh yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat juga belum ditentukan lagi," katanya.


Kesimpulannya, walaupun seminggu telah berlalu nampaknya Muhyiddin yang telah bercakap besar dan bongkak itu gagal untuk menyelesaikan kemelut MCA..

Dah tu depa kata "Keputusan menangguhkan mesyuarat agung tahunan ini bukan kerana kita tunduk kepada mana-mana pihak! maknanya cakap hang tu tak laku la Muhyiddin oi!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails