Monday, December 7, 2009

Monsun Cup : Siapa yang bangga sebenarnya?

Kata Mat Said Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mendakwa, ‘Monsoon Cup’ berjaya memperkenalkan negeri Terengganu di persada antarabangsa.


Tetapi.. Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Rosli Abdullah mendedahkan bahawa dengan perbelanjaan sebanyak RM300 juta setahun maka jumlah untuk tempuh lapan tahun kontrak penganjuran bermakna RM2.4 bilion yang dipercayai wang ehsan hasil petrol, hangus.

Beliau berkata, "dengan jumlah tersebut kerajaan negeri boleh membina 80,000 unit rumah kos rendah dengan harga RM30,000 sebuah untuk rakyat Terengganu.

"Dengan jumlah wang itu juga, kerajaan negeri boleh memberi biasiswa kepada anak-anak Terengganu sebanyak RM50,000 setiap seorang untuk 48,000 pelajar," tambah beliau.

Menurut Rosli, penganjuran Piala Monsun ini adalah bertujuan untuk mengagih-agihkan projek kepada ahli-ahli Umno-Barisan Nasional (BN) menerusi sebuah syarikat kroni T-Best Events yang dibentuk oleh kerajaan negeri.

Tugas syarikat kroni ini ialah untuk mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan mengagih-agihkan kerja-kerja kepada kontraktor dan sub-kontraktor bagi mengaut keuntungan, cetusan dari peruntukan RM300 juta setiap tahun itu.


Walaupun Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mendakwa ianya satu kejohanan yang sepatutnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat negeri ini.

Namun inilah jawapan yang diberikan oleh beberapa orang penduduk tempatan ketika ditemubual oleh Buletinonline..

”Saya tak rasa bangga malah berasa malu dengan keadaan hidup penduduk kampung, orang ramai datang tengok rumah buruk, jalan sempit, longkang tak ada,

”lumba perahu layar tak salah, bagus, tapi bersama ‘Monsoon Cup’ ada acara maksiat, itu yang salah,”kata warga emas, berumur sekitar 60-an, yang mahu dikenali sebagai ‘Ayah Ngah’ sahaja

Seorang pemuda yang ditemui dihadapan Masjid Darul Islah ditanya, adakah beliau bangga dengan kejohanan yang telah diadakan sejak tahun 2005 itu, beliau menjawab ‘tidak tahu’.

Ditanya lanjut, mengapa beliau menjawab begitu, katanya, walaupun telah masuk tahun ke lima ia di adakan, tidak ramai penduduk Pulau Duyong yang mendapat manfaat.

”Yang bangga mungkin, mereka yang mendapat manfaat, contohnya JKKK, mungkin bangga, sebab boleh ‘projek’.”jelas beliau yang tidak mahu dikenali.


“Kata mahu memperkenalkan Terengganu, bendera
Terengganu pun tidak dinaikkan,”
Sumber berita di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails