Thursday, December 17, 2009

Makkal Sakhti, terus bergolak..

Parti Baru khas buat kaum India yang dikatakan telah ditaja oleh Najib untuk menggantikan MIC yang usianya tidak sampai satu tahun nampaknya terus dilanda pergolakan. Semoga berkubur terus!!

KUALA LUMPUR, Dis 17 — R.S. Thanenthiran, presiden Parti Makkal Sakti yang dilancarkan dua bulan lalu, memberi amaran kepada kumpulan bertelagah dalam partinya bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap enam ahli jawatankuasa pusat termasuk timbalan presiden kerana terus mencemarkan imej beliau.

Kumpulan diterajui timbalan presiden A. Vathemurthy itu tetap mahu mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat (CC) Sabtu ini walaupun Thanenthiran semalam menegaskan pertemuan itu telah dibatalkan manakala pejabat mereka akan dikunci.

Salah satu agenda mesyuarat yang dipanggil Vathemurthy itu ialah membahaskan usul undi tidak percaya kepimpinan Thanenthiran.

Thanenthiran telah membatalkan mesyuarat Sabtu ini semalam — yang ketiga sejak awal bulan ini.

"Sudah tiga kali beliau (Thanenthiran) telah menangguhkan dan membatalkan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat.

"Beliau tidak berani untuk berhadapan dengan kami, jika benar apa yang didakwa beliau betul (ada pengaruh dalam parti dan tindakannya betul) datang Sabtu ini untuk menjelaskan kepada kami," kata beliau ketika dihubungi.

Mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu sepatutnya diadakan 3 Dis lalu tetapi dibatalkan pada minit-minit terakhir.

Mesyuarat yang awalnya dijadualkan semalam ditangguhkan ke Sabtu ini tetapi ia dibatalkan oleh Thanenthiran atas alasan keselamatan dan kerana bimbang tidak cukup kehadiran memandangkan ramai ahli jawatankuasa berada di luar kawasan dan luar negara.


Sambung baca di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails