Monday, December 14, 2009

Mahathir sedih dituduh Racist.. nasib baik dia tak menangis lagi..

Masihkah anda ingat pada suatu masa dahulu di Perhimpunan Agung UMNO ke-56 tahun 2002..

Dr. Mahathir, yang menyandang jawatan Perdana Menteri semenjak 16 Julai 1981 dan Presiden UMNO 28 Jun 1981, telah membuat pengumuman mengejut untuk meletakkan jawatan Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan semua jawatan dalam parti itu pada tepat pukul 5.59 petang, pada 22 Jun 2002 iaitu di saat-saat akhir sebelum mengakhiri ucapan penangguhannya.

Sambil tersekat-sekat dalam nada tersebak, beliau berkata: (sebahagian petikan): ``... saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan ... mengumumkan.. satu... peletakan jawatan saya (tersebak sambil meminum air) peletakan jawatan saya sebagai Presiden UMNO dan semua jawatan-jawatan... yang dipegang oleh saya... dalam parti, peletakan saya sebagai pengerusi BN dan semua jawatan dalam BN ...''


Juak-Juaknya cuba memujuk.


Setelah dipujuk.. meraung terus orang tua ni..

Semasa itu, seluruh perwakilan dalam Dewan Merdeka terpaku dan tersentak, dan serentak itu suasana kecoh berlaku dalam dewan itu - para perwakilan tidak bergerak dari Dewan Merdeka.

Datuk Seri Rafidah Aziz - orang pertama yang menerpa ke arah Dr. Mahathir di rostrum sambil berkata: ``... (mengapa)... (tak boleh buat macam ni).''

Bagaimanapun pengumuman itu ditarik balik dalam masa satu jam yang penuh mendebarkan setelah dipujuk oleh seluruh anggota Majlis Tertinggi parti.

Ha.. Ha.. Ha.. Macam skrip drama la pulak kisah Mahathir ni dulu, Hari ini pula pada 14 December 2009, Mahathir meluahkan rasa sedih beliau.. sedih kerana dituduh Racist padahal dia sendiri yang dah mengaku yang UMNO tu parti Racist.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedih kerana dituduh rasis sedangkan usaha-usaha diambil kerajaan selama ini bertujuan membantu kaum bumiputera tanpa mengabaikan kepentingan kaum-kaum lain.

Kata beliau langkah-langkah yang telah dilaksana itu tidak bermakna ia bersifat perkauman sehingga melupakan kaum-kaum lain.

“Saya ingatkan bahawa kita bukan rasis tetapi hendak pastikan agihan yang setimpal. Kita tetapkan 30 peratus kuota bumiputera sahaja dan tidak minta lebih,” kata beliau semalam.

Kenyataan beliau itu tidak merujuk kepada mana-mana pihak secara langsung tetapi baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri melabelkan Dr Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul kurikulum Biro Tata Negara (BTN).- The Malaysian Insider.

Nasib baik la orang tua tu tak menangis lagi.. Kalau dia menangis lagi macam mana agaknya rupa dia.. Mesti lebih buruk dari gambar di atas kan?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails