Tuesday, December 8, 2009

Mahadet kata " Nazri hang patut keluar dari UMNO!"

Kata Nazri Saya seorang racist. UMNO sendiri adalah parti perkauman, ianya adalah parti yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Jika dia merasakan bahawa dia tidak berasal daripada parti perkauman itu dia harus mengundurkan diri daripada parti.


Mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad telah menyarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz untuk keluar dari UMNO kerana mengelarnya sebabagi Racist kerana isu BTN.

Kelmarin Nazri telah mengelar Mahathir sebagai Racist kerana tindakan Mahathir yang menyokong dan membela program BTN sekarang yang telah dijadualkan untuk dirombak setelah menerima kritikan yang hebat kerana dikatakan tidak selari dengan konsep 1Malaysia.

Mahathir telah mengatakan kemarin bahawa tidak ada keperluan untuk merubah bentuk module latihan BTN yang ada sekarang ini kerana ianya adalah sesuai untuk menanamkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia.

‘UMNO juga RACIST’

Ketika merasmikan seminar ekonomi Malaysia-Indonesia di sini hari ini, Mahathir mengatakan bahawa jika Nazri telah menggambarkan dia sebagai racist , Nazri sendiri harus mengundurkan diri atau keluar dari UMNO kerana UMNO adalah parti racist atau perkauman .

Mahathir mengatakan bahawa Nazri sendiri adalah milik parti perkauman itu, Beliau harus mengundurkan diri daripada parti yang dianggapnya sebagai racist atau perkauman itu.

"Kata Nazri Saya seorang racist. UMNO sendiri adalah parti perkauman, ianya adalah parti yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu. Jika ia merasa bahawa ia tidak berasal daripada parti perkauman itu dia harus mengundurkan diri daripada parti."


Diterjemahkan oleh aku sendiri berdasarkan artikel asal yang diterbitkan di sini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails