Tapi bila dah tak berkuasa jadi macam ni la..
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak perlu dirombak.“Saya tahu Dr M (Mahathir) mengulas mengenai patriotisme dan sebagainya, ya saya setuju mengenai patriotisme ... ia untuk semua semua.
“Namun terdapat mereka yang menghadiri kursus (BTN) yang kemudianya keluar dengan perasaan marah. Terdapat banyak contoh ... jadi saya ingin tahu di mana silap saya dalam menyokong rombakan silibus BTN,” katanya di sini semalam.
Malah Nazri juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai “rasis betul” kerana mempertahankan kursus-kursus BTN sambil mengulangi keputusan Kabinet sebelum ini bahawa program-program itu akan dirombak.
“Dia rasis betul. Anda seharusnya bertindak sebagai seorang rakyat Malaysia sama ada menteri ataupun sebaliknya.
“Anda mesti buat apa yang anda perkatakan. Jangan kerana bila anda menjadi Perdana Menteri, anda mahu setiap orang menyokong anda, anda bertindak seperti seorang rakyat Malaysia. Sebaik sahaja bukan lagi jadi Perdana Menteri, anda hanya bercakap pasal orang Melayu, saya tidak boleh menerima komen beliau,” katanya.
Oleh itu kata Nazri beliau “sangat percaya bahawa kursus-kursus BTN mesti selari dengan slogan 1 Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kelmarin Dr Mahathir berkata modul latihan BTN yang sedia ada tidak perlu dirombak kerana ia sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.
The Malaysian Insider
