HarakahDaily melaporkan Kira-kira 50 beruk-beruk yang menyokong Umno yang dipimpin oleh Che Johan Che Pa mengadakan perhimpunan di depan Kota Darul Naim pagi ini bagi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan.
Bagaimanapun, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan demonstrasi yang dipercayai didalangi oleh anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu.
Bagaimanapun, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan demonstrasi yang dipercayai didalangi oleh anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu.
Selain berteriak dan melaungkan slogan anti PAS, mereka juga menaikkan kain rentang mendesak Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.
Polis telah mengawal ketat demo ini.
Manakala The Malaysian Insider pula melaporkan puluhan anggota kumpulan yang menggelar diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan mula tiba kira-kira jam 10 pagi ini di Kota Darul Naim bagi memprotes tindakan Menteri Besar Kelantan itu yang mendoakan kecelakaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno kerana keengganan kerajaan persekutuan membayar royalti.
Semalam satu mesej bersebaran melalui SMS menggesa ahli-ahli Umno berhimpun supaya menyokong protes itu.
Bagaimanapun, seorang pemimpin Pemuda Umno Kelantan menegaskan protes itu yang juga bertujuan mendesak Nik Aziz meletakkan jawatan adalah inisiatif NGO tersebut.
Nik Aziz dalam khutbah Aidiladha Jumaat lalu menggesa para jemaah supaya berdoa agar hati Najib dibuka untuk membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.
Beliau juga berkata akan mendoakan kecelakaan Najib dan Umno sekiranya royalti minyak itu tidak dibayar.
Doa kontroversi Nik Aziz itu telah digunakan oleh pemimpin Umno untuk menekan Mursyidul Am PAS itu.
hujan turun dengan lebat di perkarangan SUK lebih kurang 11:45AM Apa lagi…habis cauuu.. tinggal lah beberapa orang yang tak dapat krn datang dengan motor dan beca.








