Friday, December 11, 2009

Kenyataan Nga Kor Ming dipertahankan pemimpin PR.

KUALA LUMPURSinar Harian melaporkan Pemimpin-pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa akhbar arus perdana sengaja memutar belit kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dengan tujuan mencetuskan sentimen perkauman di negara ini.

Bendahari Pas, Dr Hatta Ramli berkata, corak pemberitaan akhbar arus perdana sejak akhir-akhir ini semakin melampau sehingga sanggup memutar-belitkan kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk menjayakan agenda tersembunyi.

“Kita tidak nafikan ada kebebasan dalam soal pemberitaan tetapi cara akhbar akhir-akhir ini seperti berita hari ini (semalam) membangkitkan sentimen kaum India. Saya rasa mereka tidak boleh terima.

“Isu itu sengaja dicetuskan atas sebab yang kita sendiri tidak faham. Kor Ming tidak pernah mempertikaikan peruntukkan sebanyak :RM700 juta bagi masjid, satu sen dia tidak minta dikurangkan.

“Sebaliknya beliau menyebut RM9 juta untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam kurang mencukupi. Saya rasa perlu lebih prihatin demi kerohanian dan wajar kita mempertimbangkannya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Semalam, Kor Ming dalam laporan sebuah akhbar dikatakan mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh sama.

Beliau dilaporkan berkata, Kerajaan Pusat harus belajar dari kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, peruntukkan yang diminta adalah wajar kerana dapat membantu kerajaan mengawal gejala sosial yang semakin berleluasa melalui pendekatan keagamaan.

“Kita lihat banyak masalah sosial dan maksiat yang berlaku. Apa salahnya gunakan agama bagi tangani masalah yang berlaku, kita juga bantu polis dan imigresen tetapi caranya dengan tambah peruntukkan,” katanya.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, beliau akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyiarkan penyiaran artikel berkenaan kerana cuba menanamkan perasaan benci kepadanya selaku pemimpin pembangkang.

“Saya akan buat laporan polis dalam masa terdekat kerana saya percaya ada agenda tersembunyi. Tindakan perlu diambil di bawah Akta Hasutan dan peguam saya akan bawa kes ini ke mahkamah,” katanya.

Dan semalam Malaysiakini telah melaporkan.
Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya.

Namun beberapa ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) pula menyokong Nga Kor Ming (Taiping), yang juga setiausaha DAP Perak berhubung isu tersebut.

Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan Nga boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham umat Islam.

Beliau yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."

Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut. sambung baca disini.

Ulasan GB.
Kita hairan bagaimana Timbalan Presiden PAS Ust Mohd Nasharuddin Mat Isa lebih percaya kepada laporan di Utusan Malaysia dan bersuara seirama dengan Ahli Parlimen Bebas, Ibrahim Ali di dalam isu berkenaan.

Tindakan Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Lo'lo' Ghazali, Khalid Samad dan Datuk Johari Abdul mendedahkan kepalsuan dan pemutar-belitan berita oleh akhbar Utusan Malaysia mengendurkan sedikit ketegangan dan kesalah-fahaman orangramai terhadap Nga Kor Meng.

Pendapat aku.
Aku juga berasa hairan bagaimana seorang pemimpin yang mewakili Pakatan Rakyat masih mempercayai berita-berita yang disiarkan oleh Utusan dan juga TV3 sedangkan dalam masa yang sama mereka menjeritkan BOIKOT TV3 dan UTUSAN!

Sebaik-baik cara ialah Ust Mohd Nasharuddin Mat Isa mendapatkan penjelasan dari Nga Khor Ming terlebih dahulu sebelum menjawab pertanyaan dari pemberita.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails