Monday, December 14, 2009

Kalau demo mereka dikatakan GAGAL.. Maka demo kitapun GAGAL

Pada Jumaat 11 Disember yang lalu perhimpunan oleh Kumpulan yang membantah pertikaian Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng berhubung peruntukan dana pembinaan masjid di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar dikatakan tidak mendapat sambutan kerana hanya dihadiri oleh 26 orang menurut HarakahDaily.

Kumpulan itu dipercayai terdiri dari Tiga NGO itu ialah Pertubuhan Gabungan Suci Asli Malaysia (GSAM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) manakala parti politik yang dimasudkan ialah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor.

Walaupun mereka sebelum itu bertindak membuat pengumuman dengan pembesar suara kepada jemaah yang hadir menunaikan fardhu Jumaat bagaimanapun ia masih gagal menarik penyertaan jemaah.

Tambah HarakahDaily lagi apa yang ingin dibawa oleh pihak penganjur itu tidak mendapat perhatian jemaah yang dilihat tidak berminat menyertai bantahan tersebut kerana rata-rata mereka megetahui perkara sebenar berhubung isu tersebut.



Pada hari dan waktu yang sama juga tetapi di tempat yang berbeza Malaysiakini pula telah melaporkan Kira-kira 30 anggota PKR mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat .

Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dengan cara yang sama iaitu DEMO tetapi matlamat yang berbeza, Demo mereka telah dihadiri oleh kira-kira 26 orang peserta dan Demo dari PKR oleh Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang dihadiri oleh kira-kira 30 orang peserta.



Demo yang telah dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang (AMKPP) itu juga telah dihebahkan kepada seluruh AJK AMK di Pulau Pinang melalui SMS.

Kalau kita telah mentafsirkan demo yang dianjurkan oleh mereka mereka itu sebagai gagal kerana tidak mendapat sambutan maka wajarlah kita juga mengatakan bahawa demo yang telah kita anjurkan itu telah GAGAL sama sekali.

Gagal sama sekali kerana kita telah mengadakan demo di kubu kuat DSAI sendiri, kubu kuat yang sepatutnya menunjukkan sokongan yang amat kuat, yang sepatutnya dihadiri oleh beribu-ribu orang bukan beberapa orang sahaja.



Sepatutnya Rakyat yang bersama dengan AJK AMK Pulau Pinang memegang Banner menunjukkan sokongan kepada DSAI, bukan hanya segelintir AJK-AJK sendiri yang memegang Banner.

Dengan hanya dihadiri oleh beberapa orang yang dikatakan Rakyat adakah kita telah berjaya menimbulkan rasa gerun kepada Regim UMNO/BN? Rasa gerun sehingga mereka akur untuk membicarakan DSAI di Mahkamah Syariah.

Dengan seramai itu sahaja Rakyat yang berdiri menyatakan sokongan kepada DSAI, adakah kita memikirkan apa persepsi masyarakat, tidakkah masyarakat akan mentafsirkan bahawa DSAI telah mula kehilangan sokongan walaupun di tempat yang menjadi kubu kuat beliau sendiri.

Kita pemerintah di Pulau Pinang jadi tak perlulah kita menurut jejak pembangkang yang telah kita pertikaikan kewajaran mereka berdemo pada November yang lalu.. berdemo untuk mencari publisiti murahan..



Lagipun mereka berdemo kononnya untuk membela Nasib Masyarakat Melayu tetapi kita pula berdemo hanya untuk membela Nasib individu adakah ini selari dengan TUJUAN DAN MATLAMAT PERJUANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT?

Dan kalau kita telah mentafsirkan demo mereka sebagai GAGAL.. wajarlah kita akui bahawa demo kita itu telah GAGAL SAMA SEKALI!


Wartawan yang lebih ramai dari peserta demo.

Buat yang telah menyertai demo tu cuba korang baca perlembagaan Parti KEADILAN Rakyat , perlembagaan yang masih belum diluluskan oleh ROS , FASAL 5 : TUJUAN DAN MATLAMAT PERJUANGAN dari 5.1 hingga 5.17 ada tak menyebut bahawa kita perlu memperjuangkan nasib individu yang kita sanjungi? Aku dah baca 2 atau 3 kali tapi tak jumpa…

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails