Friday, December 11, 2009

Hang cakap apa Muhyiddin?

Dia bercakap ni.. dia sedar atau tidak??


OSAKA, 9 Dis (Bernama) - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarikat-syarikat Malaysia perlu menimbangkan untuk mengambil alih syarikat-syarikat Jepun yang hampir muflis disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu di negara itu sekarang.

"Lebih-lebih lagi ke atas syarikat yang berpotensi dan mempunyai teknologi yang baik. Mereka memiliki teknologi canggih di sini," katanya.

Selain kekurangan para pekerja yang produktif, kos pengeluaran yang tinggi adalah antara sebab syarikat-syarikat berkenaan berada di dalam keadaan yang sukar.

Jepun merancang melaksanakan pakej rangsangan 7.2 trilion yen untuk mengaktifkan ekonomi daripada terjerumus ke dalam kemelesetan semula.

"Itu sebabnya kita kena terus secara agresif mengadakan perhubungan dengan pihak industri di Jepun kerana masa yang paling sesuai adalah sekarang, di mana mereka merasa tekanan di dalam negara dengan kos yang meningkat dan masalah yang sedang dihadapi oleh kerajaannya sendiri," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Muhyiddin berada di Jepun bagi mengadakan lawatan perdagangan dan pelaburan khas selama empat hari yang berakhir Khamis.


Muhyiddin Yassin telah mencadangkan syarikat-syarikat Malaysia agar menimbangkan untuk mengambil alih syarikat-syarikat Jepun yang hampir muflis disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu di negara itu sekarang..

"Lebih-lebih lagi ke atas syarikat yang berpotensi dan mempunyai teknologi yang baik. Mereka memiliki teknologi canggih di sini," katanya lagi.

Tetapi tidakkah Muhyiddin sendiri sedar bahawa banyak syarikat tempatan kita sendiri sedang menghadapi masalah besar dalam menghadapi kemerosotan ekonomi dunia ini. Banyak yang sedang terkial-kial untuk meneruskan operasi kerana pengeluaran terpaksa dikurangkan atas sebab permintaan yang berkurangan, sekaligus mengurangkan keuntungan yang diperolehi.

Dalam menyarankan syarikat-syarikat Malaysia agar mengambilalih syarikat yang mempunyai teknologi yang baik adakah Muhyiddin telah terlupa yang suatu masa dulu Proton telah membeli Lotus yang mempunyai teknologi yang agak maju dalam industri pembuatan kereta dan adakah dengan pengambil alihan itu Proton mendapat menafaat?

Proton masih dipandang rendah walaupun telah mengambilalih Lotus, Proton tetap masih tidak mampu bersaing dengan pengeluar kenderaan lain tanpa perlindungan oleh kerajaan.

Ini apa yang dikatakan oleh Top Gear Australia mengenai Proton.

"We're not sure why Australians keep buying these Malaysian utility tools, unless you're limited finacially, it's strongly advised to look elsewhere. Anything European or Japanese is great. These countries rely on small hatchbacks, Malaysia relies on small motorbikes. Japan and Europe know a thing or two about quality and design."

Berkenaan Gen2
"A budget five-door hatchback intended to make you think twice about buying a Focus. Frankly, we think a medium-size cabbage makes a more sensible alternative."

Dan mengenai Satria Neo
"Not half-bad hatch with decent Lotus-aided chassis, but lack of space inside, awful badge and ridiculous name make it a must-not-have for the youth it’s aimed at."
Proton sendiri pernah cuba mendapatkan teknologi dari syarikat Jepun dan apa yang Proton perolehi ialah teknologi yang telah tidak diperlukan lagi di Jepun yang telah berusia 5 atau 6 tahun kebelakang.

Tambah Muhyiddin lagi “Selain kekurangan para pekerja yang produktif, kos pengeluaran yang tinggi adalah antara sebab syarikat-syarikat berkenaan berada di dalam keadaan yang sukar.”

Bukankah kita juga sedang menghadapi masalah yang sama? Mengapa pelabur dari Malaysia perlu melaburkan wang mereka kepada syarikat-syarikat Jepun yang sedang tenat? Adakah kita memiliki kemahiran yang tepat, pengurusan yang baik dan jaringan pasaran untuk membantu memulihkan syarikat-syarikat ini?

Jika kita benar-benar mampu, lebih baik pelabur-pelabur kita dan kerajaan menghabiskan wang untuk melabur semula di syarikat-syarikat tempatan, memperbaiki sistem pendidikan kita, meningkatkan infrastruktur awam kita dan mengemaskini bandar.

Nampaknya seolah-olah tidak ada cukup malapetaka di negara ini, Muhyiddin sedang cuba untuk mencipta lebih banyak di luar negeri dan rasanya Muhyiddin perlu tinggal di Jepun lebih lama agar beliau tahu yang Bangsa Jepun itu mengeluarkan produk terbaik untuk kegunaan mereka sendiri dan mengeluarkan produk yang lebih rendah kualiti dan teknologinya kepada negara luar…

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails