Wednesday, December 2, 2009

Gula : Kerana menjaga perut KRONI.. perut KITA akan dipijak lagi!!

Dalam masa tidak sampai 2 bulan KRONI mereka menguasai pengeluaran gula, kerajaan sudah menimbangkan untuk menarik subsidi gula..

Pada 31 October 2009 PBB Group yang dikuasai oleh Robert Kuok telah mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia bahawa beliau akan melupuskan pegangannya dalam perusahaan gula yang berjumlah RM1.29Billion kepada Felda Holding.

Dari Wikipedia
On October 31 2009 PPB Group under the flagship of Robert Kuok issued a statement to the Bursa Malaysia that it decided to dispose of its sugar units along with land used to cultivate sugar cane for RM 1.29 billion to Felda.The sales resulted in a one-off gain for the company.The sugar unit and sugar cane plantation were the second largest business segment upon its grain and feed which were topping the sales.

Felda Holding dikuasai oleh Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor sebagai Pengerusi,Dato' Mohd Bakke Salleh sebagai Group Managing Director dan antara lembaga pengarahnya ialah Dato' Ahmad Tarmizi Alias,Datuk R. Sharifuddin Abidin,Dato' Abdul Hadi Dato' Haji Ibrahim, Datuk Dr Abdul Samad Haji Alias, Dato' Haji Zainal Hassan, Dato' Haji Ismail Haji Hashim,Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiran, Dato' Dzulkifli Abd Wahab dan juga Ahmad Suhaimi Endut


Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor


Dato' Mohd Bakke Salleh

Dan hasilnya setelah kroni mereka menguasai..

Semalam Bernama melaporkan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan dari Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia.

"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.

Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails