Wednesday, December 23, 2009

F5E : Zahid nak menyelamatkan Jerung kah ?

Memang hebat kerana mereka-mereka yang terlibat itu semestinya mahir untuk memanipulasi peraturan yang sedia ada dalam sebuah kem tentera terutamanyan stor yang menyimpan berbagai peralatan tentera.



mStar telah melaporkan Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi menyatakan tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik TUDM). Sebaliknya beliau menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.

"Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat", katanya

mmm.. boleh percaya ka tu? Nampak macam tak betul saja, ya lah nak mengeluarkan enjin jet dari kem itu sendiripun bukannya mudah apatah lagi nak mencari pembeli.

Kalau benarlah Pegawai lain-lain pangkat yang dikatakan Zahid tu melakukannya, kita kena akui yang mereka-mereka itu memang hebat.

Memang hebat kerana mereka-mereka yang terlibat itu semestinya mahir untuk memanipulasi peraturan yang sedia ada dalam sebuah kem tentera terutamanyan stor yang menyimpan berbagai peralatan tentera.

Dari apa yang aku lihat semasa tinggal di Kem tentera di Temerloh Pahang dulu, Stor peralatan tentera ni dikelilingi oleh dua lapisan pagar setinggi lebihkurang 20 kaki, jarak antara pagar pula lebih kurang 6 kaki, aku pernah bertanya apa ada antara dua pagar tu? Jawapan yang selalu aku terima ialah "kalau nak mati pi la pijak.."

Itu pagar keliling stor, dalam kawasan pagar tu pulak ada anggota tentera yang berkawal lengkap bersenjata dan ditemani pula oleh beberapa ekor anjing yang tahu nak gigit orang saja..

Cuma ada satu pintu untuk keluar dan masuk dari kawasan Stor dan untuk keluar dari Kem itu sendiri terpaksa melalui satu Pintu Pagar utama yang sudah tentunya dikawal oleh Anggota Tentera atau Polis Tentera lengkap bersenjata.

Berbalik kepada kisah Anggota lain-lain pangkat yang dikatakan telah melarikan enjin jet oleh Zahid Hamidi tu, aku bukan nak merendah-rendahkan kebolehan dan kebijaksanaan mereka disini, cuma meragui kenyataan Zahid Hamidi tu.

Enjin Jet itu telah dikatakan dilarikan bersama-sama dengan dokumen perkhidmatannya yang dikatakan disimpan didalam Bilik Kebal, Adakah anggota lain-lain pangkat didalam TUDM diberi kebenaran untuk menandatangani sebaran dokumen pelepasan dari stor TUDM dan adakah mereka mempunyai kebenaran untuk memasuki dan membuka bilik kebal? Atau bilik kebal itu sendiri yang tidak kebal?

Hendak mengangkut mengangkat dan mengangkut enjin jet itu pun satu hal juga, Kalau nak mengangkat enjin yang beratnya lebih kurang 200 Kg tu, 4 orang pun penat jugak tu, kena guna forklift.

Nak mengangkut satu hal lagi, setakat Land Rover Defender milik TUDM tu mana cukup panjang, sekurang-kurangnya kena guna truck 3 Tan Handalan tu, Sorang sarjan tak adalah kuasa macam ni besar, senang-senang saja boleh guna begitu banyak peralatan yang ada dalam Kem tu..

Untuk melepasi pintu pagar kawasan Stor pula, adakah Polis Tentera yang terpacak di dalam Balai Pengawal akan membiarkan mereka berlalu begitu saja? Biasanya tidak.. Polis Tentera ni kalau setakat pangkat Sarjan ke bawah mesti dibuli habis-habisan punya (dari pengalaman kawan aku ni), cukup banyak songeh kalau nak lintas depan mereka mesti ditanya dari mana, nak ke mana, untuk apa, bawa apa dah kalau kata nak bawa barang keluar dari Stor, lagi banyak songeh depa ni.

Itu baru nak lepas keluar dari Kem saja, belum lagi nak cari negara pembeli, nak merundingkan harga dan nak melantik agent untuk mengeluarkan enjin jet tu dari Malaysia. Banyak kerja dan kemahiran yang diperlukan tu…

Takkan lah anggota lain-lain pangkat yang mempunyai kelulusan yang tak seberapa tu mampu nak melakukan semua tu.

Jadi dengan menuding jari kepada anggota lain-lain pangkat ini yang bolehlah disifatkan sebagai ikan bilis saja adakah Zahid Hamidi cuba untuk menyelamatkan Jerung?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails