Thursday, December 24, 2009

F5E : Enjin Jet ditemui di Argentina



Oleh LOURDES CHARLES

KUALA LUMPUR: Enjin jet pesawat supersonik F5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dicuri dalam satu sindiket dalaman dua tahun lalu telah ditemui - di Argentina. Sehubungan dengan itu, beberapa pegawai kanan TUDM, termasuk jeneral dijangka akan disoal siasat oleh pihak polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan berkata, pihaknya masih perlu menyoal siasat beberapa pegawai tinggi TUDM termasuk beberapa jeneral walaupun empat orang termasuk tiga dari kalangan staf rendah telahpun ditahan (dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin).

“Kita perlu menyoal siasat pegawai-pegawai tinggi kerana bukanlah mudah untuk menyeludup keluar enjin yang sebegitu besar tanpa perlepasan atau dokumentasi yang betul.

“Pihak polis setakat ini telah merampas dan menemui beberapa dokumen berkaitan dengan penjualan enjin pesawat itu termasuklah dokumen berkaitan penghantarannya keluar dari negara ini,’’ kata beliau.

Adalah difahamkan, enjin turbo jet General Electric J85-21A itu -- untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye - telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.

Difahamkan juga kesemua dokumen yang berjaya dirampas oleh polis adalah dokumen asal dan asli dan bukannya dipalsukan untuk tujuan penjualan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, enjin yang dicuri itu telah disedari hilang dari Pangkalan Udara Sungai Besi sewaktu rutin pemeriksaan penyelenggaraan. Turut hilang ialah rekod penyelenggaraan dan juga servis enjin berkenaan.


mStar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails