Friday, December 4, 2009

Eorucopter : Najib masih mengidam lagi..




Pada 2 Dis yang lalu Bernama telah melaporkan Najib berkata “Malaysia melihat helikopter jenis Eurocopter EC725 sebagai pilihan terbaik bagi menggantikan helikopter Nuri untuk Tentera Udara Diraja Malaysia tetapi pembeliannya tertangguh disebabkan kemampuan kewangan

Perdana Menteri berkata Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) telah meluluskan proses berhubung cadangan pembelian itu.

"Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kementerian Pertahanan dan TUDM mahukan helikopter jenis ini dan kerajaan pun bersetuju. Daripada segi integriti, proses ini tidak boleh dipersoalkan, jadi, yang menjadi soal sekarang ialah kemampuan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri selepas melawat pameran dan menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian kontrak antara kerajaan dan syarikat dalam industri pertahanan sempena Pameran Maritim dan Udara Antarbangsa Langkawi (LIMA 2009) hari ini.

September tahun lepas, Kementerian Pertahanan mengumumkan hasrat untuk membeli 12 Eurocopter EC725 berharga RM1.2 bilion tetapi sehingga kini, ia belum dilakukan.

Eh.. sekarang dah jadi RM1.2Billion tapi dulu USD1.2Billion?

Penangguhan yang terpaksa dilakukan setelah dipertikaikan oleh banyak pihak , bermula dari penganugerahan tender hingga kepada harga helicopter itu sendiri.

Pendedahan melalui surat yang ditulis oleh Kapten (B) Dato Zahar Hashim selaku Pengerusi Mentari Services telah melaporkan bahawa proses LOI (Letter Of Intent) tidak mengikut prosedur dan keputusan pembelian dibuat tanpa menemui wakil jualan atau mendapat penerbangan ujian terlebih dahulu.

Defense Industry Daily pernah melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.

In June 2008, Brazil and France signed an agreement in principle for Eurocopter to build helicopters in the South American country via its subsidiary Helibras. Brazil ’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around US$1.2 billion.

Perkara sama turut dilaporkan oleh The Economics Times

Menurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.

Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.

Selain itu turut dilaporkan dalam pakej pembelian itu adalah:

Under the agreement in principle, France would transfer technology and help Brazil expand the export capacity of its aviation industry by aiding the assembly of helicopter components such as engines and electrical systems, the statement said. (Sources: India Times)

Sudahlah mendapat harga yang lebih murah, bantuan teknikal, pemindahan teknologi dan bantuan dalam pemasangan komponen helikopter.

Pak Lah yang menjadi PM semasa itu berkata, harga yang ditawarkan kepada kita berbeza dan mahal kerana spesifikasi setiap negara berbeza apabila melibatkan pembelian unit helikopter yang sama.

Antara spesifikasi Malaysia ialah Helicopter tersebut hendaklah boleh menyelam seperti kapal selam..Namun, kalau perbezaan harganya mencecah 233% bagi setiap unit, itu apa namanya?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails