Monday, December 14, 2009

Dengan Performance macam ni... KPI Muhyiddin bagaimana agaknya?

Muhyiddin Yassin sekali lagi telah mencatakan rekod buruk, apabila gagal untuk menangani Isu yang diamanahkan.

Krisis MCA terus berpanjangan setelah Muhyiddin gagal untuk mendamaikan puak yang bertelagah dalam tempoh seminggu, sebagaimana yang telah dijanjikan oleh beliau dengan angkuhnya apabila Najib berlepas ke luar negara atas urusan rasmi.

Tempoh sehingga 1 Disember telah hampir dua minggu berlalu dan Muhyiddin terpaksa menyerahkan kembali krisis parti itu kepada Najib untuk diatasi.

Presiden MCA Ong Tee Keat sendiri dikatakan memulaukan mesyuarat yang dipanggil oleh Muhyiddin, dengan alasan beliau tidak sihat.

Akar umbi MCA melihat tindakan Muhyiddin meletakkan tempoh seminggu untuk menyelesaikan kemelut itu sebagai tindakan biadap dan bukti jelas campurtangan UMNO dalam urusan Parti Kaum Cina itu.

Kegagalan Muhyiddin itu tidak mengejutkan, kata Timbalan Ketua AMK Faris Musa.
“Jika dilihat rekod semenjak menjadi Menteri Besar Johor lagi tidak ada sebarang legasi yang boleh dibanggakan, sehinggakan beliau ditolak ke pusat, Muhyiddin hanya hebat di dalam UMNO sahaja tetapi beliau belum memperlihatkan kemampuan sebagai seorang tokoh politik yang dihormati semua pihak.” Katanya.

“Jika ikut konsep KPI Najib, Muhyiddin perlu dipecat kerana gagal melaksanakan tugas membantu Najib.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasaruddin Tantawi berkata gagalnya masaalah MCA itu diselesaikan adalah lambang kegagalan dan hilang wibawa Muhyiddin sebagai orang lama dalam politik.

“Ada juga dakwaan menyatakan sikap lepas tangan Najib dalam isu MCA ini adalah satu perangkap untuk mengenakan timbalannya itu, jika benar dakwaan ini ia umpama mengulangi sejarah UMNO yang tidak pernah sunyi dari krisis dan perbalahan sesama sendiri.” Katanya ketika dihubungi.


Suara Keadilan.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails