Wednesday, December 9, 2009

Badan Bertindak Perpaduan Ummah.. Assobiyah kah mereka ini?

Walaupun DAP Perak melalui Setiausahanya Nga Kor Ming telah mengakui tindakan beberapa pemimpinnya memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas di negeri berkenaan ketika menghadiri konvensyen DAP Ahad lalu, sebagai tidak wajar dilakukan.

Dan mereka juga telah memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang berasa tersinggung dengan insiden itu. berita penuh di sini.


Budaya orang Melayu kah ini?

Namun tindakan 12 orang Ahli Badan Bertindak Perpaduan Ummah (BBPU) yang sedang didakwa berhubung kes mengarakkan kepala lembu dalam satu perhimpunan haram di depan SUK Selangor hujung Ogos lalu, menunjukkan seolah-olah tiada maaf bagi DAP.

Kesemua 12 orang tertuduh mengambil kesempatan untuk menyatakan protes mereka terhadap kepimpinan DAP yang dikatakan telah menunjukkan sikap kurang ajar mereka kepada tiga ADUN Perak yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat.





Jika tindakan pemimpin DAP dikatakan kurang ajar, apakah tindakan mereka ini boleh dianggap bersopan?

Adakah bagi mereka ini bangsa Melayu terlalu agung hinggakan tidak boleh disentuh atau dipertikaikan? Dalam mereka memberi amaran kepada DAP agar menjaga sensitiviti dan perasaan orang Melayu adakah mereka menjaga perasaan kaum lain di Malaysia?



Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Ahli Badan Bertindak Perpaduan Ummah (BBPU), Ummah? Ummah bagaimana yang mereka maksudkan ummah yang membela Islam atau Bangsa Melayu?

Jika membela Islam kenapa semasa Najib meluluskan lesen tambahan untuk premis judi mereka mendiamkan diri? Mereka hanya melenting apabila isu Melayu dibangkitkan, tidakkah ini sikap golongan Assobiyah?

Sabda Rasulullah S.A.W
"Bukan dari kalangan kami, mereka yang menyeru kepada asobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang berperang atas dasar asobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang mati atas dasar asobiyyah." (Sunan Abu Daud)

Jika yang dimaksud Melayu itu sebagai Islam seperti yang orang Melayu faham. Maka ia bererti sesuatu yang dituntut. Tetapi jika yang diertikan Melayu sekadar satu bangsa, dalam masa yang sama menidakkan hak bangsa lain. Maka ia bererti telah bersikap assobiyah.

Apa makna Assobiyah?

Al-Imam Yusuf al Qardhawi menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan perkauman, kenegaraan atau assobiah itu ialah wala' (taat setia) seseorang muslim itu hanya kepada sesuatu kawasan sahaja atau kepada jenis bangsa tertentu sahaja. Dengan itu hubungan kenegaraan dan puak didahulukan (dilebihkan) daripada unsur lain.

Dalam erti kata yang lain assobiah itu beerti pertolongan, kasih sayang, ketaatan dan yang seumpamanya dari seseorang kepada pihak lain berdasarkan kepada ikatan kekeluargaan, kekumpulanan, kebangsaan, kenegaraan dan sebagainya tanpa didasarkan oleh asas agama.

Jika kita termasuk dalam definasi di atas, atau sikap mempertahankan melayu seperti definasi di atas. Maka ia adalah sesuatu yang dilarang.

Sama-sama kita fikirkan. Apabila kita berjuang atas nama Islam, maka ia akan menyelamatkan kita dari setiap sudut. Tetapi jika kita berjuang atas nama bangsa maka ia akan membawa kita kepada pelbagai syubhat yang bahaya.

WaAllahualam.


semua gambar-gambar adalah dari Minaq Jinggo

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails