Tuesday, December 15, 2009

Alahai Pakatan Rakyat!

Malam tadi, Pakatan Rakyat (PR) kalah lagi dalam undian di Dewan Rakyat. Dalam perbahasan mengenai Kementerian Dalam Negeri, kalah satu undi. Dalam meluluskan bacaan kali ketiga Belanjawan 2010 pula, kalah tiga undi.



Lima Ahli Parlimen PAS tidak hadir. Seorang ke luar negara. Seorang lagi balik ke kawasan atas urusan di kawasan Parlimen yang diwakilinya dengan kebenaran Presiden PAS (Tok Guru Presiden tunggu sampai malam begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang). Tak diketahui apa terjadi kepada tiga orang lagi Ahli Parlimen PAS yang lesap dan tidak ada dalam Dewan itu.

15 lagi yang tidak ada dalam Dewan adalah dari PKR dan DAP. Saya tak tau berapa dari PKR dan berapa dari DAP.

Di sebelah pihak BN pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sanggup berkejar ke Dewan Rakyat untuk menyelamatkan partinya dari mengalami kekalahan dalam pengundian.

Ada orang kata kekalahan memalukan itu menyebabkan Tok Guru Presiden marah. Tidak dapat dijangkakan adakah beliau akan mengambil tindakan atau tidak.

Apa pun, syabas PR atas apa yang terjadi itu. Buatlah lagi lain kali!


Penarik beca

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails