Tuesday, November 17, 2009

Woit Dato Seri!! Perang apa macam ni?

Baru hari Ahad lepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Hari ni dia boleh gelak-gelak sambil pekena teh tarik dengan Najib pulak dah!


Gambar dari The Malaysian Insider

Yang ni pulak gambar dari Agenda Daily.

Di celah-celah kehangatan sidang Dewan Rakyat petang Selasa di mana para ahli parlimen pembangkang sedang berentap dengan ahli parlimen BN,suasana di bilik rehat Ahli Parlimen pula riuh dengan gelak ketawa.

Waktunya jam 5 petang.Mungkin ramai yang terperanjat melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bersembang mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenangkan sengketa politik antara kedua mereka.

Ini adalah kali pertama mereka berdua bersembang dalam suasana santai sambil kena teh tarik sejak sekian lama.Najib singgah seketika di bilik rehat berkenaan sewaktu menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Kebetulan Anwar ada dalam bilik itu sedang bersembang dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.Najib terus duduk menyertai mereka macam tak ada hal.Kedua mereka tertawa antara lain berjenaka imbas kembali nostalgia waktu zaman sama-sama dalam Pergerakan Pemuda UMNO dulu.

Ramai di kalangan ahli parlimen lain yang turut berada dalam bilik itu terpegun melihat sifat jiwa besar Anwar dalam hal ini.


berita dari Agenda Daily yang aku dah edit sikit untuk disesuaikan dengan baju yang aku pakai.. berita sebenar ada di sini.

Ahli politik sungguh!!

Mungkin juga kerana Najib belum masuk dan menyentuh Selangor.. kalau tidak mesti Najib dah kena lesing tu..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails