Friday, November 20, 2009

UMNO harap tiada PRK di Kota Siputeh.. mmm.. takut ke?

Masa menang di Bagan Pinang hari tu korang kata Rakyat dah kembali menyokong UMNO/BN, tapi hari ini...."Umno Kedah berharap tidak ada pilihan raya kecil bagi DUN Kota Siputeh kata Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah..

Tak yakin boleh menang ka? atau takut kalah?


Umno Kedah berharap tidak ada pilihan raya kecil bagi DUN Kota Siputeh tetapi parti itu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Bagaimanapun, Umno yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar ekoran terdapat petanda pengundi akan kembali menyokong parti itu, kata Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah.

Katanya, berdasarkan maklumbalas, sekiranya 40 peratus pengundi menyokong pembangkang tahun lalu, kembali menyokong BN, maka kerusi Kota Siputeh akan dapat dikekalkan.

Beliau diminta mengulas peluang BN untuk mengekalkan kerusinya di Kota Siputeh berdasarkan majoriti yang diperolehinya tahun lalu sangat berkurangan (495), berbanding dengan majoriti 1,573 undi pada 2004.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, calon BN Datuk Abu Hassan Syarif mendapat 8,160 undi, menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh yang memperolehi 7,665 undi.

Menurut Ahmad Bashah lagi, punca kekurangan majoriti di DUN tersebut adalah disebabkan peralihan sokongan kaum bukan Melayu terutama kaum Cina dalam pilihanraya umum lalu.

"Dalam pilihanraya umum lalu, bukan Melayu lari langsung daripada (menyokong) kita - bermula dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang hingga ke Kedah.

Tambahnya, ia juga berpunca daripada krisis dalaman Umno di mana terdapat di kalangan akar umbi yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon yang bertanding tahun lalu.

Ditanya sama ada Abu Hassan akan dicalonkan semula untuk mewakili BN sekiranya ada pilihanraya kecil, Ahmad Bashah berkata ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti berdasarkan kehendak akar umbi.


Berita penuh baca di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails