Sunday, November 15, 2009

Ramai ni saja?.. Sudahlah Yeop!! Jangan sibuk dengan BUBAR DUN!!

Perak adalah negeri yang kedua terbesar di Semenanjung yang memiliki keluasan tanah seluas 21,600 Km persegi dan jumlah penduduk yang dianggarkan pada tahun 2008 ialah 2,400,000 Juta orang.

Manakala Pulau Pinang pula mempunyai keluasan tanah 1046 Km persegi dan jumlah penduduk yang dianggarkan pada tahun 2008 ialah 1,518,000 orang.

Itu adalah fakta yang telah diperolehi dari Wikipedia.

Dan Parti KeAdilan Rakyat negeri Perak mempunyai 24 Bahagian ataupun Cabang manakala Parti KeAdilan Rakyat negeri Pulau Pinang pula mempunyai hanya 13 Bahagian ataupun Cabang.

Dalam perjalanan dari Permatang Pauh ke Ipoh, aku membayangkan dengan kekuatan 24 Bahagian atau Cabang, Konvensyen Parti KeAdilan Perak pasti akan lebih ramai dari segi jumlah kehadiran AJK-AJK jika dibandingkan dengan jumlah kehadiran AJK-AJK di Pulau Pinang dan suasananya semestinya akan lebih meriah sepatutnya.

Malangnya apa yang telah aku jangkakan meleset sama sekali, jumlah kehadiran AJK-AJK dari Cabang-Cabang seluruh perak yang berjumlah 24 semuanya itu jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan kehadiran AJK-AJK Parti KeAdilan Rakyat Pulau Pinang yang hanya mempunyai 13 Cabang. Suasananya pula agak hambar..

Ketika melangkah masuk kedalam Dewan, apa yang aku lihat ialah walaupun Konvensyen telah bermula dan usul sedang dibentangkan masih banyak kerusi-kerusi didalam dewan yang kosong. Kosong kerana ramai AJK-AJK yang sepatutnya berada didalam dewan mengikuti ucapan atau usul yang dibentangkan berada diluar dewan menunggu ketibaan DSAI..

Amat malang buat PKR Perak kerana mempunyai AJK-AJK yang datang ke Konvensyen tetapi tidak tahu apa tujuan dan Matlamat Konvensyen. Mereka datang ke Konvensyen hanya untuk menunggu ketibaan DSAI, menunggu untuk bersalaman dan menunjukkan muka mereka kepada DSAI agar DSAI tahu bahawa mereka itu AJK PKR...

Adakah kalau diberitahu yang DSAI tidak akan hadir ke Konvensyen itu, mereka juga tidak akan hadir?

Andai ditakdirkan DSAI meninggal Dunia.. apakah mereka turut akan meninggalkan PKR kerana DSAI telah meninggalkan PKR?

Baiklah kita biarkan buat seketika manusia-manusia yang Hipokrit itu,lain kali aku sambung lagi.. mari kita lihat perbezaan yang amat jelas tentang kehadiran AJK-AJK konvensyen pada gambar-gambar yang dirakamkan dibawah..

Ini adalah gambar-gambar yang dirakam di Konvensyen PKR Perak pada 14 November 2009






Dan dibawah ini pula adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan pada 8 November 2009 di Konvensyen PKR Pulau Pinang.





Kelihatan amat berbeza sama sekali..

Kalau kehadiran dari 24 Cabang atau Bahagian hanya seramai itu..kehadiran yang tidak sampai 600 orang dari seluruh PKR Perak, negeri yang mempunyai 2.4 juta penduduk.. sudah lah yeop!! jangan sibuk dengan BUBAR DUN!!

Korang pergi cari balik mana perginya beberapa Ketua Cabang yang dengarnya sudah mula bergayut di pagar dan pergi tanya kepada Ketua-ketua Cabang yang tidak hadir ke Konvensyen tu kenapa mereka tidak hadir?


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails