Monday, November 16, 2009

SPR merayu penanguhan keputusan bagi pihak UMNO?

Sepatutnya UMNO yang merayu agar perlaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kerusi DUN Siputih dikosongkan tapi.. SPR pulak yang kelam-kabut untuk merayu untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah tinggi hari ni.

SPR ni dah jadi antara sayap dalam UMNO kah? atau SPR itu merasakan bahawa mereka adalah sebahagian dari komponen UMNO..

Buat kerja korang laaa.. jangan nak bodek sangat Najib tu.. Korang bodek pun Najib dah kata tak ada Bonus tahun ni..

Bukankah Najib sendiri dah berkata undi Melayu telah kembali kepada UMNO/BN? takut apa lagi? Atau korang sendiripun tak percaya kata-kata Najib tu?




KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kosong.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun menetapkan untuk mendengar permohonan SPR Jumaat ini.

"Penasihat undang-undang SPR berkata mahkamah akan mendengar permohonan kita untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan terbabit Jumaat ini.

"Kita minta penangguhan ini bagi memberikan cukup masa untuk SPR membuat rayuan," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata berikutan keputusan mahkamah itu, penyandang kerusi itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hasan Sarif, tidak boleh menghadiri sidang DUN yang bermula esok sehingga mahkamah memutuskan rayuan.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails