Thursday, November 19, 2009

Seorang lagi ditahan kerana "Bini Puaka"

Seorang lagi pelajar Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya, yang dikehendaki polis berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebauh dewan, berjaya ditahan hari ini.

Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir semester ini.

Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.

Exco Persatuan Mahasiswa Islam UM Mohd Syafie Hashim memberitahu Malaysiakini di kampus tersebut, beliau telah cuba menelefon Muhammad Saufi tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar API itu sedang disiasat.

Difahamkan dua pemimpin mahasiswa UM sedang berada di balai polis tersebut untuk mengikuti perkembangan penahanan pelajar berkenaan di balai polis tersebut.

Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan UM pada Jun lalu.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails