Tuesday, November 24, 2009

Sah!! MCA dah jadi Malay Controlled Assosiation!

Ini telah dibuktikan oleh Muhyiddin sendiri, TPM dari Parti perkauman Melayu UMNO. Dalam pertemuannya dengan puak-puak yang bertelagah dalam Malay Controlled Assosiation itu, ketua-ketua puak telah tunduk kepadanya dan telah bersetuju untuk mengadakan pemilihan parti yang baru.

Dalam lain ayat ketua-ketua puak Cina itu telah tunduk kepada Timbalan Ketua Puak Melayu dari United Malay National Organisation sekaligus membuktikan bahawa MCA itu sememangnya telah bertukar dari Malaysian Chineese Assosiation kepada Malay Controlled Assosiation!!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan pemimpin dua puak yang bertelagah dalam MCA, dalam usaha menamatkan krisis kepimpinan dalam parti itu.

Mesyuarat tersebut dihadiri timbalan presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan naib presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat tidak hadir kerana menghadiri urusan rasmi di luar negara.

Menurut Chua, ketiga-tiga puak - termasuk Ong - bersetuju tetapi tidak sekata mengenai bila ia hendak diadakan.

Liow mahu pemilihan itu diadakan bulan depan atau selewat-lewatnya Januari 2010. Chua pula berkata ia lebih sesuai diadakan Mac tahun depan. Ong bagaimanapun, mahu ia diadakan enam hingga lapan bulan dari sekarang.

Tiga puak tersebut masih belum mencapai kata sepakat, kata Chua dalam satu sidang akhbar di ibupejabat MCA hari ini.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, dijangka bertemu lagi dengan ketiga-tiga puak terbabit selepas Ong pulang dari seberang laut.

Dalam pertemuan malam tadi, Chua berkata beliau juga telah mencadangkan kepada Muhyiddin supaya Liow membatalkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadualkan diadakan Sabtu ini.

Beliau juga mencadangkan supaya semua pihak menghentikan perang mulut dalam media dan dikekalkan status quo dalam parti tersebut.

Sumber di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails