Wednesday, November 25, 2009

Raja Petra bersembunyi di Melbourne?

Raja Petra Kamaruddin yang dekehendaki oleh Polis kerana dituduh memfitnah Rosmah Mansor dikatakan telah dikesan oleh pihak Polis berada di Melbourne.

Kes yang melibatkan dirinya agak pelik, kerana beliau telah diburu pihak polis kerana dituduh memfitnah Rosmah Mansor,sedangkan Rosmah Mansor tidak pernah disiasat untuk membuktikan samada tuduhan itu adalah fitnah atau benar.

Berbeza sama sekali dengan tuduhan keatas DSAI, beliau telah dituduh meliwat oleh Saiful, tetapi yang sibuk naik dan turun mahkamah adalah DSAI sendiri dan bukannya si Saiful.. dalam kes ini yang menuduh hidup bebas.

Kes Raja Petra yang menuduh diburu, yang dituduh hidup bebas, manakala kes DSAI yang menuduh hidup bebas yang dituduh pula turun naik mahkamah mempertahankan diri.. Apa ni?



KUALA LUMPUR: Selepas lebih tujuh bulan menjejak Raja Petra Raja Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak April lalu, polis akhirnya berjaya mengesan penulis blog itu, di Melbourne, Australia.

Menurut sumber, siasatan mendapati Raja Petra lari dari Malaysia menuju ke Thailand melalui jalan haram dan menaiki penerbangan terus ke Australia.

"Rekod imigresen menunjukkan dia tidak keluar dari negara ini, namun siasatan lanjut mendapati Raja Petra keluar melalui laluan haram ke Thailand beberapa bulan lalu.

"Maklumat mendapati dia kemudian menggunakan jalan serta dokumen sah untuk ke Australia," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis bagaimanapun masih menyiasat lokasi persembunyiannya di negara berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog www.malaysia-today.net, pada 25 April 2008.

Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini pada 18 Jun tahun lalu.

Mahkamah Sesyen, pada 11 dan 13 November lalu membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi hanya berkata polis masih menyiasat lanjut.


Sumber

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails