Thursday, November 26, 2009

Rais! kalau nak kata kat orang Melayu.. cermin diri sendiri dulu..

Kata Rais Yatim " Orang Melayu jangan keterlaluan dalam politik!..

Hakikatnya siapa sebenarnya yang keterlaluan dalam politik kalau bukan UMNO sendiri.. UMNO lah yang telah mempergunakan seluruh institusi kerajaan dalam mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.. UMNO juga yang telah menggunakan ISA untuk menutup mulut rakyat.. UMNO juga yang telah menggunakan seluruh Media untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.. tidakkah ini keterlaluan..

Rais! kalau nak kata orang Melayu jangan keterlaluan dalam Politik.. cermin dulu diri sendiri..


JELEBU:

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata orang Melayu tidak perlu keterlaluan dalam mentakrif perjuangan politik mereka sehingga sukar untuk membentuk perpaduan ummah.

"Sekiranya orang Melayu terlalu taksub dengan politik harian dan politik mingguan, saya dapati kerenggangan itu akan merugikan masyarakat atau umat Islam sendiri," katanya kepada pemberita selepas upacara penerimaan tiga ekor lembu korban di Masjid Kampung Sepri di sini hari ini.

Rais berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun menunjukkan teladan yang baik dengan minum teh bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini satu sikap yang baik di mana dalam masa berdebat dan bertegang urat, para pemimpin ini telah menunjukkan ada masa untuk berharmoni dengan saudara sebangsa dan seagama," katanya.

Langkah pertama seperti ini, katanya, harus diwujudkan oleh pemimpin Melayu supaya perjuangan bangsa dapat diasaskan kepada kepentingan agama dan bukan semata-mata disebabkan pemikiran politik yang sempit.


BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails