Thursday, November 19, 2009

Perang keatas Najib... Sayap UMNO dah mula bertindak!!

Cepatnya mereka bertindak... Baru hari Ahad Dato Seri Anwar Ibrahim mengistiharkan Perang keatas Najib yang cuba nak merampas Selangor..

Hari ini sayap UMNO dah memulakan langkahnya.. memulakan langkah ketika kita sedang ternganga-nganga..


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan menerima laporan daripada polis berhubung isu pemilikan saham Naib Presiden PKR Azmin Ali.

SPRM, dalam kenyataannya, berkata pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dan berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

"SPRM mengesahkan telah menerima laporan daripada polis berhubung kes tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Adalah diharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi terhadap isu itu," kata kenyataan tersebut.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam sidang medianya berkata, polis telah menyerahkan dokumen bukti pemilikan saham berjumlah RM2 juta oleh Azmin dan isterinya Shamsidar Tahrin kepada SPRM untuk siasatan lanjut berikutan agensi berkenaan pernah membuka kertas siasatan berhubung kes sama sebelum ini.

Menurut Musa, kes tersebut turut dimaklumkan kepada Suruhanjaya Sekuriti kerana ia membabitkan pembelian saham.

Isu pemilikan saham oleh Azmin terbongkar baru-baru ini apabila pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia SA Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya Shamsidar termasuk iparnya Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.

Azmin, yang juga anggota parlimen Gombak, bagaimanapun menafikan dakwaan pembelian saham tersebut dan mendakwa kenyataan Vigneswaran itu sebagai satu tindakan terancang untuk mengaibkan dan mencemarkan nama beliau.

Berikutan kenyataan itu Azmin telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Isu tersebut bagaimanapun semakin terdedah apabila pada Selasa lepas Anuar Shaari, bekas setiausaha penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil membuat laporan polis berhubung pemilikan saham oleh Azmin dan isterinya yang dikatakan mencecah RM2 juta.

Anuar, 40, yang turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman.

Anuar, yang pernah bertugas dengan Anwar selama dua tahun bermula 1996, juga membuat laporan polis untuk mengesahkan kesahihan dokumen tersebut.


BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails