Tuesday, November 3, 2009

Pendakwaan besar-besaran yang nilainya kecil-kecilan..

Mungkin anggota SPRM ni hanya tahu mengira sehingga ratusan ribu sahaja, bila jumlah mencecah ratusan juta atau ribuan juta mereka sudah tidak tahu nak mengira.. jadi sebab itulah hanya kes yang melibatkan anak-anak bilis saja yang didakwa. Kes-kes yang melibatkan jerung ditangguh sehingga tertuduh mati.

Pendakwaan mungkin secara besar-besaran, tapi nilainya bolehlah dianggap kecil-kecilan.. ketirisan yang dilaporkan oleh Jabatan Audit negara yang melibatkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada negara tu bila nak siasat..

Bumbung Stadium runtuh, siling runtuh, bangunan runtuh dan jambatan runtuh apa cerita?

Scandal PKFZ yang mencecah berbilion ringgit tu apa dah jadi? Nak dibiarkan begitu saja ka?

Berita Hari ini..
Nov 3, 09 8:42am

Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas pegawai menteri besar Selangor, Yahya Shaari kelihatan di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum pendakwaan dijalankan.


Pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How, juga berada di sana. Beliau tiba kira-kira pukul 8.30 pagi, setengah jam selepas Abd Rahman.

Yahya, bekas pegawai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tiba kira-kira 8.45 pagi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadual mendakwa lima orang ahli politik, pembantu mereka, dan seorang pengarah syarikat.

Kecuali Wong, empat lagi yang bakal didakwa tidak dinamakan. Kelima-lima mereka akan dituduh bawah Akta Pencegahan Rasuah dan juga Kanun Keseksaan.

Semalam
Nov 2, 09 3:15pm


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah.

Lima orang termasuk seorang ahli parlimen, dipercayai BN, dan pembantu khas seorang exco Selangor, dikehendaki hadir kira-kira jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Seorang bekas pegawai khas menteri besar Selangor Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, juga diseret berhubung dakwaan menyeleweng RM50,000.

Wong Chuan How - seorang pembantu khas Ronnie Liu, exco kerajaan Selangor, di DUN Sungai Pelek - antara lima orang tersebut.

Beliau disiasat SPRM mulai 14 Ogos lalu berhubung salah guna wang peruntukan kerajaan negeri di kawasan DUN tersebut.

Kenyataan mengejut SPRM berhubung pendakwaan itu, yang dikeluarkan awal malam ini, tidak menyebut sebarang nama tertuduh kecuali Wong.


Berita dari Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails