Tuesday, November 3, 2009

Penagkapan Dr Mohd Asri: Mengapa babitkan Dr Hassan Ali?

"ISU penangkapan yang melibatkan Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah rumah di Taman Seri Ukay, Ulu Kelang telah menjadi satu isu yang cuba di rungkai melalui pandangan politik oleh sesetengah pihak.

Oleh kerana itu beberapa blog-blog telah mula memainkan isu ini hingga menjadi ke peringkat fitnah.

Kita boleh melihat blog malaysiawave yang dikendalikan oleh Tulang Besi atau nama sebenarnya Rahman Talib atau Rahman Panjang telah cuba mengaitkan isu ini dengan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Hassan Ali kononnya ini adalah kerana Hal Ehwal Agama adalah di bawah bidang kuasa beliau.

Kita sepatutnya lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar, yang mengatakan bahawa Jais memiliki kuasa yang bebas dari kengkangan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan Enekmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.

Adakah penangkapan ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan lagi nama baik Dr Hassan ataupun penangkapan Dr Mohd Asri ini adalah kerana tugas yang diamanahkan kepada Jais.

Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim telah meminta supaya Jais memberi penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan dengan isu tersebut. jadi dalam hal ini biarlah Jais yang menyelesaikan masalah ini dan kita tunggulah apakah keputusannya.

Tindakan menuduh Dr Hassan Ali terbabit dalam isu ini adalah satu tuduhan yang dangkal. Bukannya saya mahu mebela beliau tetapi tuduhan tanpa bukti dan kemudiannya cuba dicetuskan oleh blogger yang tiada kredebaliti dan kurang dipercayai sumber beritanya adalah satu dosa yang besar.

Bloger yang kononnya adalah orang yang cuba memperjuangkan agama Allah tetapi sentiasa menjadikan blog mereka sebagai medan untuk bergaduh sesama sendiri sehingga mengeluarkan tulisan-tulisan maki hamun, mencarut dan berbagai-bagai perkataan yang kurang sopan.

Adakah kita suka perkara ini terus berlaku dalam dunia maya ini? Sepatutnya kita mengambil kesempatan dari dari sini untuk menjalankan dakwah dan merapatkan lagi saf sesama Islam. Jika dalam perang pun kita mempunyai adab cara berperang inikan pula dalam menyampaikan dakwah kepada sesama Islam.

Kekadang kita merasa jijik melihat tulisan komen daripada pembaca blog yang memaki hamun sesama sendiri. Inikah akhlak orang yang konon mengaku nak memperjuangkan Islam. Tindakan menuding jari kepada orang yang dituduh juga adalah satu perbuatan yang tergesa-gesa.


Adakah mereka ini tidak malu dengan perbuatan mereka. Adakah mereka tidak memikirkan akibatnya nanti apabila berhadapan dengan Allah.

Kita sepatutnya menerima ketetapan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat khas yang diadakan oleh pucuk pimpinan. Kita juga sepatutnya tidak mempertikaikan apa jua keputusan yag telah ditetapkan.


Kita janganlah menjadi masalah kepada parti untuk mencari penyelesaian dalam setiap isu. Kita berilah kepercayaan kepada jawatan kuasa disiplin parti yang diketuai oleh Naib Presiden, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dalam menangani isu ini.

Kita janganlah asyik menyalak di luar jika kita mahu parti kita dan Pakatan Rakyat dapat bersatu dalam apa jua hal. Jauhkanlah dari perasaan hasad dengki sesama saudara seperjuangan. Jika ada masalah sepatutnya kita bemesyuarah dan bukan menghasut dan memfitnah. Jauhkanlah dari bermain politik sesama rakan seperjuangan kerana ini kurang sihat untuk parti.

Berjuanglah dengan ikhlas dan berjuanglah kerana Allah. Janganlah mempercayai berita yang sumbernya diragui. Siasatlah terlebih dahulu kerana sekarang ini banyak anasir-anasir luar yang mahu menggangu-gugat keamanan dalam parti kita dan Pakatan Rakyat khususnya.


Oleh: pendekarlekir

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails