Monday, November 9, 2009

PAS! Realisasikanlah Resolusi..

Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkifli Ahmad menganggap resolusi yang dicapai pada Seminar Politik PAS semalam sebagai tepat dan perlu direlisasikan secara serius dan bersungguh.

Beliau yang dihubungi berkata, resolusi semalam meletakkan PAS lebih fokus merancang plan tindakan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

“Itu semestinya seperti resolusi terakhir seminar, (iaitu) merumuskan suatu plan tindakan untuk hadapi PRU13, mengekalkan sokongan (pengundi) Melayu-Islam dan melebarkan tapak sokongan yang merentas garis kaum, agama dan budaya…dengan erti kata lainnya (adalah) menjelaskan maksud dan erti PAS Untuk Semua.” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menjelaskan bahawa PAS perlu segera mempersiapkan suatu pelan kemenangan untuk dibentangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Disember depan, sekiranya serius mahu merealisasikan resolusi seminar tersebut.

“Sebelum Konvensyen PR akan datang ini, saya mengharapkan ketika itu sudah ada satu lakaran agenda bertindak dari PAS jika serius dengan resolusi ini (seminar),” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Ujarnya lagi, pelan tersebut perlulah mengambil kira semangat bersama DAP dan PKR, yang merupakan anggota parti dalam PR.

“Jadi, kita tidak boleh lagi menekankan apa jua idea (kepentingan) kita saja. Kita perlu buat persiapan mental, bagaimana PAS boleh mengukuhkan Pakatan secara bersama (dengan PKR dan DAP),” ujarnya lagi.

Beliau juga menggesa kepimpinan PAS disemua peringkat serius melaksanakan resolusi tersebut,supaya betul betul mampu memperkukuh parti itu.

“Resolusi ini akan gagal sekiranya (PAS) tinggalkan resolusi dalam lipatan seminar… tidak ada usaha serius melaksanakan kesemua resolusi bersama secara teratur,” jelasnya.

Nasihatnya lagi, peserta seminar pula tidak perlu lagi memanjangkan emosi salah apabila pihak luar mengkritik idea Kerajaan Perpaduan yang mahu dilaksanakan PAS sebelum ini.

“Ada mendakwa presiden kita (Tuan Guru Abdul Hadi Awang) mahu masuk Umno, sedangkan peserta tidak mendakwa begitu…rakyat sebenarnya tidak mahu parti (PAS) diheret pada Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Sebab itu, isu Kerajaan Perpaduan perlu diperjelas secara inteletual, bukan emosi,” tegasnya.

“PAS sepatutnya ke arah sistem dua parti dengan memperkukuhkan Pakatan…soal-olah mengelirukan garis perbezaan antara (idea) Kerajaan Perpaduan dengan (sistem) dua parti itu (PR dan Barisan Nasional) perlu diperjelaskan.”

Sebaliknya, PAS perlu menganggap segala kritikan oleh Pakar Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM) Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan Pengasan Pengajian Masa Depan dari Universiti Malaya (UM) Dr. Abu Hassan Hasbullah sebagai sesuatu yang berniat baik untuk servival politik PAS kelak.

“Bagi saya, mereka berdua (Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan Dr. Abu Hassan Hasbullah) adalah gandingan yang cukup cantik untuk membantu PAS. Walau mereka bukan ahli PAS…saya lihat segala kritikan mereka sebenarnya berniat baik untuk melihat PAS terus dipersada politik nasional,” jelasnya


HarakahDaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails