Tuesday, November 17, 2009

Ong Tee Keat pun ada skandal seks?

SELEPAS skandal seks Chua Soi Lek, kini musuh-musuh politik Ong Tee Keat pula cuba menjatuhkan beliau dengan dakwaan ‘panas’ dalam blog Cina kononnya Presiden MCA itu terpalit dengan hubungan sulit dengan dua ahli politik wanita.

Dakwaan-dakwaan ini, boleh menghancurkan MCA yang ibarat ‘retak menunggu belah’, sekalipun pelbagai usaha dibuat termasuk nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya MCA menyelesaikan segera kemelut dalam parti itu.

Satu komen dalam blog www.xiake.mycybernaut.com berhubung tajuk mengenai seorang ahli parlimen dari Sabah mendakwa Tee Keat pernah menjalin hubungan dengan Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun tetapi hubungan itu renggang atas sebab-sebab peribadi.

Chew juga adalah Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Komentar yang dimuatkan dalam blog tersebut menulis catatan mengenai dakwaan hubungan sulit Tee Keat-Mei Fun yang telah dipos dalam blog peribadi Timbalan Menteri itu tetapi telah dipadam oleh beliau atas sebab tertentu.

Chew yang dahulunya dilihat sebagai orang kuat Tee Keat sekarang menyokong Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai yang kini terbabit langsung dalam kemelut kepimpinan MCA.
Satu lagi blog berbahasa Cina, www.birdotk.blogspot.com pula mendakwa Tee Keat yang juga Menteri Pengangkutan pernah menjalin hubungan dengan seorang ahli politik Sabah pada tahun 1990an.

Ketika itu beliau adalah Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan ahli parlimen berkenaan kini memegang jawatan penting dalam parti SAPP. Menurut sumber, skandal seks dilihat antara senjata kuat dalam menjatuhkan pemimpin MCA apabila berlaku sesuatu krisis dalam parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional.

Ini terbukti apabila bekas Menteri Kesihatan Chua Soi Lek digugurkan dari Kabinet dan hilang jawatan dalam MCA apabila rakaman video beliau mengadakan hubungan seks dengan rakannya tersebar luas.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails