Sunday, November 22, 2009

Monsoon Cup Datang lagi... dan kita pun membazir lagi..

Walaupun penganjuran perlumbaan sukan perahu layar itu ditolak oleh majoriti rakyat Terengganu kerana dianggap membazirkan berjuta-juta ringgit hasil royalti minyak sedangkan manfaatnya kepada rakyat tempatan sangat sedikit, kerajaan Negeri Terengganu dibawah pimpinan Mat Said dilaporkan masih berminat untuk menyambung perjanjian penganjuran Monsoon Cup yang dijangka tamat pada 2012..

Sudah lah membazir, tak pernah diaudit pula.. Siapa yang untung? Hanya mereka yang terlibat yang tahu.



KUALA TERENGGANU – Bagaimana mungkin perlaksanaan projek-projek kerajaan negeri Terengganu boleh menepati slogan ‘Merakyatkan Pembangunan’ sedangkan pelbagai pendedahan menunjukkan penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah ?

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata penganjuran sukan perahu layar piala monsun (Monsoon Cup) bukan sahaja membazir dan tidak membawa manfaat yang banyak kepada rakyat, ia juga tidak pernah diaudit.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, perkara tersebut mendapat teguran dari Ketua Audit Negara.

”Di negeri Terengganu ini, dia buat projek bukannya ikut peraturan dan prosedur, banyak projek yang dilakukan (dilaksanakan) tidak diaudit,

”termasuk Monsoon Cup, dilaporkan dalam laporan (ketua) audit Negara, perbelanjaan untuk Monsoon Cup tidak diaudit, tidak dikemukakan untuk diaudit,”katanya ketika beucap dalam majlis ceramah bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, di Jalan Kelantan, disini kelmarin.

Menurutnya, berapa banyakkah perbelanjaan yang digunakan untuk menganjurkan piala Monsun tersebut dan ke atas apakah perbelanjaan tersebut dibuat, tidak dilaporkan.

Sehubungan itu, Haji Wahid turut mendedahkan kecenderungan kerajaan negeri Terengganu menyambung perjanjian penganjuran Monsoon Cup yang dijangka tamat pada 2012.

Berita sepenuhnya sila baca di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails