Tuesday, November 24, 2009

MCA dah jadi Malay Controlled Assosiation?

Walaupun diawal penubuhannya MCA merupakan singkatan kepada Malaysian Chineese Association dan untuk menyelesaikan krisis dalaman parti yang seolah-olah tiada penghujungnya Najib telah mengarahkan Muhyiddin untuk menyelesaikan kemelut yang melanda itu.

Nampaknya MCA kini tidak lagi dikawal oleh Ahli-ahlinya yang berbangsa Cina tetapi telah dikawal oleh United Malay National Organisation iaitu parti perkauman Melayu, jadi wajarlah dikatakan MCA itu ialah Malay Controlled Assosiation...


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau memberi tempoh selama seminggu kepada dirinya sendiri untuk mencari jalan penyelesaian terhadap krisis kepimpinan MCA.

Menurut beliau satu formula akan dirangka dalam tempoh tersebut untuk mendapatkan kata sepakat di kalangan pemimpin parti itu yang sedang bertelagah.

Katanya beberapa siri perjumpaan pada dasarnya telah dilakukan dengan beberapa pemimpin parti itu untuk berbincang secara lebih terperinci mengenai krisis berkenaan.

"Tugas ini bukan suatu yang mudah kerana ia melibatkan kepentingan parti dan kepentingan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat perkhidmatan global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di sini Isnin.

Katanya beliau telah diberi mandat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani masalah dengan melaksanakan langkah-langkah pro-aktif secepat mungkin sebelum krisis itu berlarutan dan menjadi lebih buruk.

"Saya telah laksanakan beberapa siri perbincangan, bukan dengan semua, tetapi beberapa individu tertentu dan saya akan teruskan, kalau boleh sebelum Perdana Menteri pulang. "Pada masa yang sama, saya akan turut menerima sebarang cadangan daripada pemimpin-pemimpin komuniti Cina yang turut melahirkan pendapat dan perhatian mereka berhubung krisis itu," katanya.

Kemelut ini jelas beliau, harus ditangani sebaik mungkin hingga membawa kepada kewujudan situasi 'menang-menang' antara pihak terlibat.

Mengenai langkah yang akan diambil, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberitahu, beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan sebarang syarat atau strategi tertentu sehingga formula penyelesaian berjaya dihasilkan.

Sambung di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails