Thursday, November 26, 2009

MB Selangor akan dijatuhkan!

Satu blog pro-PAS, yang mendakwa seorang bekas calon parti itu "berkonspirasi" menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mempunyai saksi-saksi berwibawa untuk mempertahankan artikelnya.

Penulis blog Malaysia Waves Abdul Rahman Abdul Talib - yang sering membongkar pergolakan dalaman PAS - berkata, saksi-saksi yang memberikan maklumat kepadanya mempunyai akses langsung kepada "minit-minit mesyuarat PAS Selangor".

"Saya ada saksi-saksi. Dan saksi-sakti itu memberitahu perkara-perkara yang diminitkan dalam mesyuarat PAS negeri," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, beliau akan membuat pendedahan susulan pembabitan bekas calon itu Suwardi Yaacob dalam konspirasi itu apabila saman Abdul Khalid terhadap Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus, mula dibicarakan di mahkamah.

"Kita tunggu saman menteri besar (Selangor) kepada Gerak dulu. Perkara ini saling berkaitan (dengan dakwaan saya)," kata Abdul Rahman lagi.

Pada 24 Mac lalu, Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Mohd Nazree yang mendakwanya menggunakan wang awam bagi membiayai kos penyelenggaraan kereta peribadinya.

Satu lagi saman pemimpin PKR itu berhubung kenyataan Mohd Nazree yang mendakwa beliau menggunakan wang kerajaan bagi membeli 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada tahun lepas untuk diagihkan di kawasan parlimennya Bandar Tun Razak.

Abdul Rahman diminta mengulas tindakan undang-undang Suwardi - seorang peguam yang didakwa dekat exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali - yang dituduh mengumpulkan maklumat kerajaan sehingga Abdul Khalid disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain bertegas dengan tuduhan tersebut, penulis blog itu sebaliknya berkata beliau akan terus membuat lebih banyak pendedahan.

Sambung disini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails