Monday, November 30, 2009

Maka bersuaralah Syaitan-Syaitan yang bisu pabila TG Nik Aziz berdoa...

Bila Najib meluluskan lesen tambahan untuk premis perjudian mereka mendiamkan diri.. dan apabila TG Nik Aziz berdoa agar UMNO musnah.. bersuaralah mereka..

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir.

Beliau berkata, umat Islam tanpa mengira kedudukan, pangkat, jawatan atau fahaman politik wajib mematuhi hukum Islam yang mengharamkan perbuatan mendoakan kemusnahan saudara seagamanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata umat Islam yang berhajat supaya orang lain yang seagama dengannya menderita dan kehidupannya musnah sebenarnya mahu mencabar al-Quran yang menegaskan orang Islam bersaudara.

Cuba baca betul – betul apa yang Tok Guru sebut

"Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri, biar dia beri (royalti)...kalau tak kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku,"

"Berdoalah , nescaya aku perkenankan “ kata Allah. Dan lagi Doa itu senjata orang – orang mukmin.

Maka gegak gempitalah seantero Tanah Melayu apabila TG Nik Aziz berkata telah berdoa supaya Najib, UMNO dan penyokong UMNO hancur jika tak beri wang royalty pada Kerajaan Negeri Kelantan. Pemimpin UMNO termasuk mufti yang semua kemewahan dan gaji besarnya dibayar oleh UMNO mengutuk dan menghentam Nik Aziz dengan kata perbuatan itu haram dan berdosa besar.

Apakah penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO selama ini terhadap pembangkang itu tidak berdosa besar dan tidak haram?

Apakah dengan menafikan hak Negeri Kelantan dan negeri Terengganu (semasa pemerintahan PAS) dari mendapat wang royalty itu bukan kerja haram dan berdosa besar dalam Islam? Sedangkan dalam Islam jika mungkir janji dengan lisan pun sudah berdosa apatah lagi perjanjian dibuat secara bertulis yang berasaskan undang-undang.

Puak UMNO dan mufti dan juga tokoh-tokoh agama yang selama ini kenyang perut, gaji besar dan hidup senang hasil dari UMNO nampaknya sudah buta hati dan pekak telinga. Mengapa semasa pemimpin UMNO Pusat dan Negeri merampas hak royalty rakyat Negeri Terengganu dan Kelantan mereka membisu? Tak kata pun perbuatan kerajaan Pusat itu haram dan berdosa besar kerana mungkir janji, tidak amanah terhadap perjanjian yang telah ditandatangani bersama dulu?

Jika alasan minyak Kelantan dan Terengganu jaraknya jauh dari tiga batu nautika, di Sabah dan Sarawak pun sama juga jaraknya iaitu lebih dari tiga batu nautika. Jika alasan lain yang mengatakan Sabah dan Sarawak layak terima kerana semasa buat perjanjian dulu, telaga minyak itu berada kurang dari tiga batu nautika, maka Terengganu pun begitu juga keadaanya, mengapa dinafikan haknya?

Jika minyak di Kelantan jaraknya lebih tiga batu nautika dan tak layak terima royalty, mengapa dibuat perjanjian dulu. Jika dah tahu tak layak tapi dibuat juga perjanjian maka ini namanya kerja orang gila.

Dengan UMNO sekarang ini nampaknya tidak ada gunanya untuk bertolak ansur, pujuk memujuk atau berdoa untuk kebaikan. Kezaliman dan penindasan mereka sudah sampai ketahap yang maksima, mereka sudah jadi takbur, sombong, bongkak kerana sudah lama memerintah dan merasakan tiada siapa yang boleh menjatuhkan mereka.

Oleh itu cara yang terbaik ialah berdoa dan solat hajat beramai-ramai dan berterusan memohon supaya Allah hancurkan UMNO dengan penuh kehinaan. Itu saja jalanya dalam menghadapi kezaliman UMNO ini. Nak harapkan mufti, jakim atau pejabat agama nak nasihatkan UMNO, nak perbetulkan UMNO, jangan mimpilah malahan puak-puak ini pun sama bersubahat dan bersekongkol dengan kezaliman dan penindasan UMNO ini demi kerana perut, poket dan kereta besar. Mereka inilah penyebab UMNO jadi lebih sesat dan lupa dosa serta pahala.

Oleh itu, kita tak perlu layan kenyataan puak mufti, tokoh-tokoh agama yang cari makan dengan UMNO dan ulama-ulama upahan itu. Mereka ini kalau PAS buat salah cepat-cepat mereka hentam, tapi kalau pemimpin UMNO yang buat, berzina atau bunuh orang pun mereka ini jadi syaitan bisu.

Tak berani tegur. Dimana puak pengampu UMNO ini apabila UMNO (bukan BN kerana parti bukan Melayu tak sejahat UMNO) meroboh rumah rakyat miskin, meroboh masjid dan surau, merampas tanah orang Melayu dhaif, merompak harta rakyat, makan rasuah secara terang-terangan, terlibat dengan kilang arak, judi dan aktiviti persundalan dan bermacam lagi yang UMNO buat.

Tak haram dan tak berdosa besarkah semua ini? Agaknya kalaulah bekas Mufti Perlis itu menyokong UMNO secara terbuka atau mempertahankan UMNO seperti puak-puak ini, pasti mantan mufti itu tidak akan diambil tindakan, ditangkap atau dihentam sebegini teruk oleh ulama upahan UMNO sebagaimana UMNO melindungi Ayah Pin. Apa-apa pun sebagai golongan Islam yang sentiasa dizalimi dan ditindas oleh UMNO, marilah kita sama-sama solat hajat supaya UMNO lebih cepat hancur dan dihina oleh semua mahkluk langit dan dunia ini.

Yang ulama pengampu itu takut UMNO hancur kerana bimbang perut, poket, rumah besar mereka akan turut hancur dan hilang. Itulah sebenarnya syaitan bertopengkan manusia. Wallahualam.


Sumber : Mesra.Net & Tranungkite

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails