Saturday, November 21, 2009

Mahadet menyeru Umat Islam kembali kepada Al Quran?

Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), berkata pentauliahan kepada penceramah Islam juga supaya ajaran Islam yang betul dapat diterima di semua negeri.

"Kita lihat ada setengah orang boleh (mendakwah), setengah orang pula tak boleh. Ada negeri lain boleh (terima seseorang pendakwah), negeri lain tak boleh," katanya.

Menurutnya, perbezaan pendapat di kalangan umat Islam boleh berlaku, tetapi tidak seharusnya menyebabkan permusuhan.

Oleh itu, beliau menasihatkan umat Islam supaya kembali kepada al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih untuk mempelajari ajaran asal agama Islam.

Sementara itu, Dr Mahathir menyeru umat Islam supaya tidak mengenepikan ilmu dunia dalam usaha mendalami pengetahuan agama.

"Kita jangan berdakwah sahaja. Kalau kita nak bagi tahu orang pasal keagungan agama kita tetapi orang tengok kita miskin, lemah dan mengharapkan belas kasihan orang lain, bagaimana kita nak meyakinkan orang lain tentang Islam?

"Islam adalah agama baik, membentuk keperibadian umatnya yang baik, menuntut umatnya supaya berilmu dan memajukan umatnya," katanya.

Bernama.


Benarlah bagai dikata olehnya sendiri "MELAYU MUDAH LUPA", nampaknya dia sendiri yang sudah lupa.. kerana inilah kata-katanya sendiri suatu masa dahulu..

1. 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Mahathir: 3/3/94)

2. 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Mahathir: 14/7/92)

3. 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'. (Mahathir: 2/5/92)

4. 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'. (Mahathir: 1994)

5. 'Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam'. (Mahathir:14/8/94)

6. 'Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq'. (Mahathir:3 Mac, Nilam Puri).

Sumber di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails