Thursday, November 26, 2009

KHUTBAH AL-WIDA’ (Khutbah Perpisahan) - Bahagian 2

Khutbah ini mengandungi pesanan yang menyeluruh untuk memandu manusia dalam segenap aspek kehidupan, sama ada secara individu, bermasyarakat mahupun bernegara.

Persoalannya, sejauh manakah umat Islam dan pemimpin mereka pada hari ini mematuhi dan menerapkan khutbah ini di dalam kehidupan? Bersempena musim haji ini, marilah kita sama-sama menghayati Khutbah Al-Wida’ yang penuh peringatan ini-

“Wahai seluruh manusia, dengarlah apa yang hendak aku katakan ini, kerana aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kalian semua selepas tahun ini di tempat wukuf ini..

(1)Larangan membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain tanpa alasan yang hak.

Wahai seluruh manusia! Sesungguhnya darah kalian dan harta kekayaan kalian merupakan kemuliaan (haram diambil oleh orang lain) bagi kalian semua, sebagaimana mulianya hari ini, di bulan yang mulia ini dan di negeri yangmulia ini..

Kita menyaksikan pada hari ini betapa nyawa dan harta umat Islam tidak lagi menjadi satu kemuliaan sebagaimana yang Rasulullah pesankan. Berapa ramai dari umat Islam yang berbunuhan dan merompak harta sesama sendiri dan yang paling buruk, berapa ramai dari pemimpin umat Islam yang membunuh dan merampas harta benda rakyatnya sendiri.

Siapa tidak tahu akan pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh pemimpin rejim Uzbekistan, Pakistan, Afghanistan, Mesir, Turki, Palestin, Arab Saudi dan banyak lagi ke atas rakyatnya?

Mereka mengerahkan polis dan tentera mereka untuk memerangi dan membunuh kaum Muslimin yang tidak sehaluan dengan mereka, khususnya dari kalangan gerakan Islam.

Lihatlah pula bagaimana harta kita semua dirampas oleh pemerintah dengan mengenakan pelbagai jenis cukai, tol, bayaran pendidikan, kesihatan dan banyak lagi. Minyak, gas asli dan bermacammacamhasil bumi yang menjadi milik kita dirampas dan dikaut oleh pemerintah dengan selahapnya. Kemuliaan darah dan harta umat Islam sudah tidak lagi wujud setelah Islam tidak diterapkan.

(2) Kewajiban meninggalkan tradisi dan amalan Jahiliyah; pembunuhan dan riba

Ketahuilah sesungguhnya segala tradisi Jahiliyah mulai hari ini tidak boleh dipakai lagi. Segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara kemanusiaan (seperti pembunuhan, dendam dan lain-lain) yang telah terjadi di masa Jahiliyah, semuanya batal dan tidak boleh berlaku lagi. (Sebagai contoh) hari ini aku menyatakan pembatalan pembunuhan balas atas terbunuhnya Ibnu Rabi’ah bin Haris yang terjadi pada masa Jahiliyah dahulu.

Transaksi riba yang dilakukan pada masa Jahiliyah juga tidak boleh berlaku lagi sejak hari ini. Transaksi yang aku nyatakan tidak berlaku lagi adalah transaksi riba Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya seluruh transaksi riba itu semuanya batal dan tidak akan (haram) berlaku lagi..

Sejak sistem pemerintahan sekular diterapkan, riba sudah menjadi teras ekonomi dalam sesebuah negara. Para pemimpin sekular ini menerapkan sistem riba tanpa rasa berdosa dan takut kepada Allah sedikit pun.

Sebahagian besar umat Islam juga terlibat dengan riba tanpa sedikit pun merasa bersalah dengan keharaman yang mereka lakukan, seolah-olah riba ini suatu yang halal dan sah-sah sahaja untuk diambil.

Mereka langsung tidak menghiraukan ancaman Allah di dalam Al-Quran dan ancaman Rasul tentang seksa dan azab yang pedih yang akan mereka terima atas muamalat riba yang mereka masuki, malah mereka senantiasa mencari dalih untuk mengatakan perbuatan mereka adalah halal!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails