Friday, November 20, 2009

Ketua Polis Negara tak tahu kenyataan BALA dirakam SB?

Tak tahu atau pura-pura tidak tahu? Tapi kalau kata tak tahu, senang sikit.. tak ada orang yang nak tanya dah pasal tak tahu nak tanya buat apa lagi..

Tapi kalau anak buah sendiri yang buat rakaman, ketua pula tak tahu.. nampak sangat yang ketua depa ni tidak dihormati oleh anak buahnya, pasal tak diberitahu..

Boleh jadi juga tak tahu kerana tak buat kerja..


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) tidak menyedari rakaman yang dibuat oleh pasukan cawangan khasnya (SB) mengenai kenyataan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, di Bangkok pada 8 Julai tahun lalu.

Bala dalam pendedahan terbarunya, menyatakan kenyataan yang dibuat telah dirakam oleh pasukan SB

diketuai ACP Muniandy yang dapat menjejakinya di Bangkok menerusi pegawai perhubungan kedutaan Malaysia yang mengatur pertemuan itu.

Penyiasat persendirian itu juga berkata, Muniandy hanya berminat dengan surat akuan bersumpahnya yang pertama pada 3 Julai dan tidak menyentuh langsung akuan bersumpah keduanya pada 4 Julai yang menarik balik pernyataannya mengenai hubungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan model Mongolia, Altantuya Shaaribu.


Semalam, Musa menyatakan Bala yang dilaporkan keluar masuk ke negara ini sekurang-kurangnya lapan kali sejak kehilangan ‘misteri’ nya, masih dikehendaki polis untuk merekodkan kenyataannya berhubung dua akuan bersumpah yang bercanggah antara satu sama lain.

Musa berkata, disebabkan Bala hanya seorang saksi dan bukan tertuduh dalam kes ini, polis tidak ada memberi sebarang arahan kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang pergerakan Bala keluar dan masuk ke negara ini.

“Dia sepatutnya tahu bahawa dia dikehendaki untuk membantu polis dalam kes ini dan mengambil inisiatif untuk datang suapaya kenyataannya diambil,” Musa dipetik ketika memberitahu media yang bertanyakan kemasukan Bala ke negara ini.

“Setahu kami, kami tidak tahu Bala kembali ke negara ini. Anda patut tanya pemberita yang mendakwa perkara itu,” katanya.

Bala bersama isteri dan tiga anaknya – berusia antara enam hingga 11 tahun – dilaporkan hilang sejak 15 bulan lalu walaupun pendedahan terbarunya menyatakan dia diugut supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Dia mendakwa, ahli perniagaan bernama Deepak, menerusi seorang pegawai polis yang digantung khidmatnya dikenali sebagai ASP Suresh membawanya bertemu seorang Datuk yang menawarkannya RM5 juta supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Bala akhirnya, menandatangani surat akuan bersumpahnya yang kedua dan dipaksa meninggalkan negara dengan pergerakannya diatur oleh ahli perniagaan itu.

Bala dan keluarganya ke Singapura, kemudian menaiki kapal terbang menuju ke Bangkok sebelum menuju ke Chennai, India di mana Bala dipercayai menetap di situ. Dia berkata demikian dalam satu wawancara yang turut dihadiri tiga peguam terkenal bulan lalu.

Bala diupah oleh rakan karib Najib, seorang penganalisis politik, Abdul Razak Baginda untuk menjejaki Altantuya di Kuala Lumpur. Bagaimanapun Abdul Razak dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri terhadap kes berkaitan pembunuhan Altantuya.

Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails