Wednesday, November 11, 2009

Kerusi di Stadium Bukit Jalil berharga RM500 sebuah?

Beginikah rupanya kerusi di Stadium Bukit Jalil? maaf ya.. aku bertanya pasal aku tak nampak pun dalam Stadium Bukit Jalil tu ada kerusi macam gambar disebelah..

Kerusi yang dinamakan Malung ini berharga RM499 sahaja di Ikea.. bukan RM500.00

Semalam Bernama telah melapurkan Shabery Chick telah berkata 224 buah kerusi stadium bernilai RM112,000 telah rosak akibat dari keganasan yang dilakukan oleh penyokong Kelantan..

RM112,000.00 dibahagikan dengan 224 buah kerusi.. jawapannya ialah RM500 sebuah kerusi..

RM500 harga sebuah kerusi dalam Stadium tu?? Mak aih!! mahalnya.. berapa persen korang mark-up nih?

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kerosakan yang dialami Stadium Nasional di Bukit Jalil akibat tindakan liar penyokong Kelantan semasa perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia Sabtu lepas bernilai RM214,000, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya jumlah kerosakan dinilai oleh Perbadanan Stadium Bukit Jalil dan ia memerlukan kos untuk membaikpulih stadium berkenaan.

Kerosakan melibatkan 224 buah kerusi stadium bernilai RM112,000, tiga lorong trek RM60,000, pintu pagar untuk Orang Kurang Upaya (OKU), pintu pagar dan tandas, katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 peringkat dasar di Dewan Rakyat , Selasa.

"Kita nak ingatkan bahawa duit yang digunakan untuk membina Stadium Nasional adalah duit rakyat juga. Kalau kita kena baiki, duit ini datangnya daripada duit rakyat..


Dah nak mampus baru teringat nak baiki tu kena guna duit Rakyat.. dulu masa bayar harga kerusi tu sehingga RM500 sebuah tak ingat pulak yang bayar duit kerusi tu guna duit Rakyat ?.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails