Wednesday, November 18, 2009

Kerana Isteri kedua.. Noh Omar mungkin gugur dari kabinet?

Mungkin Najib jealous pasal depa ni boleh kahwin 2 atau 3, tapi Najib tak boleh pasal takut kena C4 dengan Big Mama ... ha.. ha..

Berikutan krisis peribadi yang dikatakan melanda beberapa anggota kabinetnya dan prestasi lemah segelintir lagi, Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan sedang menimbang untuk me-rombak Kabinetnya seawal bulan depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar (gambar,kiri) dan Menteri Kerja Raya, Shaziman Abu Mansor(gambar,kanan) dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal (gambar ,tengah) diwar-warkan antara mereka yang mungkin di gugurkan.

Rombakan itu mungkin berita baik yang dinanti-nantikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dijangka dilantik sebagai Timbalan Menteri walaupun terpalit dengan tuduhan rasuah semasa pemilihan parti yang lalu.

Selain tidak efisyen menjalan-kan tugas, Noh menjadi tajuk perbualan di kalangan rakan-rakannya dan pegawai kanan kerajaan atas gelagat isteri keduanya.

Isteri kedua “dijaja oleh Noh seolah-olah beliau isteri pertama” pada majlis-majlis rasmi kerajaan sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati dalam Kabinet, sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan .

Shaziman pula dilihat sebagai gagal menyerlah dalam menerajui hala tuju kementerian beliau yang diwarisi daripada penyandang sebelumnya, Mohd Zin Mohamed.

Menurut sumber, Najib bagaimanapun mungkin mengekalkan Shaziman atas faktor kompromi dengan mantan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Shaziman adalah anak saudara kepada ayah Khairy, Jamaluddin Abu Bakar dan hubungan ini menjadikan Khairy dan Shaziman sepupu.

Hubungan rapat Najib dengan Abdullah juga dikatakan akan mendorong Perdana Menteri melantik Khairy sebagai Timbalan Menteri. Langkah itu, jika menjadi kenyataan, tentunya akan dibidas Tun Mahathir Mohamad yang menganggap Khairy sebagai pemimpin politik yang tercalar dengan amalan rasuah.

Nama lain yang dikatakan tersenarai dalam rombakan Di-sember depan termasuk Menteri Pelancongan, Dr Ng Yen Yen; Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek; dan Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Ismail Sabri Yaakob.


Malaysia Today.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails